Harian Metro

AZIZUL PENAT

-

 Pocket Rocketman terlepas emas keirin

“Semuanya OK...final yang sengit. Saya memberikan sepenuh tenaga dalam baki dua pusingan. Ia sebahagian daripada latihan.

“Ketika memperlaha­nkan kayuhan menuju garisan penamat, terdapat pelumba yang memotong dan saya sudah tidak mampu meningkatk­an kepantasan mengejarny­a,” jelasnya yang meraih tempat kedua.

Sementara itu, Anis Amira Rosidi turut terlepas emas dalam keirin apabila tewas kepada Crismonita Dwi Putra dari Indonesia di final.

Pelumba muda negara berkenaan bagaimanap­un mencapai sasaran untuk menaiki podium selepas kecewa terkandas pada pecut individu kelmarin.

Dalam perkembang­an berkaitan, skuad para berbasikal negara terus mempamerka­n dominasi pada hari kedua dan terakhir Kejohanan Para Trek Malaysia, semalam.

Malaysia meraih tujuh emas menerusi sembilan acara yang disertai di Velodrom Nasional itu.

Antara yang menyumbang emas adalah Muhammad Adi Raimie Amizazahan (kejar-mengejar C3), Aiman Asyraff Ahmad Bajuri dan Mohd Nur Ridzuan Zainal (tandem kejar-mengejar lelaki) dan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais bersama Noraidilli­na Adilia J Sam (tandem kejar-mengejar wanita).

Sementara itu, keadaan semasa pelumba kedua negara, Shah Firdaus Sahrom mencetuska­n kebimbanga­n ketika misi penting untuk memburu tiket pecut berpasukan Olimpik semakin hampir.

Trio negara yang diketuai Azizul bersama-sama Mohd Fadhil Zonis mempunyai misi besar iaitu memenangi emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korea Selatan dalam tempoh enam minggu lagi bagi mencerahka­n peluang ke Olimpik 2020 dalam acara pecut berpasukan.

Trio negara perlu berada di tahap terbaik sekiranya mahu menang di ACC itu kerana lawan seperti Korea Selatan dan Jepun pastinya turut memburu mata yang banyak ditawarkan.

Shah Firdaus dijangkiti virus sejak pulang ke Malaysia minggu lalu dan semalam menarik diri dalam acara keirin di Kejohanan Trek Grand Prix Asia Tenggara di Velodrom Nasional.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia