Harian Metro

SESAL TAK SUDAH

- Alias Abd Rani lias@hmetro.com.my

“Menyesal pun dah tidak berguna lagi. “Ini akibatnya kalau gemar ambil gula berlebihan,” demikian kata Mohd Razin Mohamed, 56, yang menghidap kencing manis menyebabka­n sebahagian kulit dari belakang hingga bahu kanan dilapah dan dibuang akibat dijangkiti kuman.

Bekas kakitangan sebuah syarikat telekomuni­kasi itu menjalani pembedahan membuang sebahagian kulit di Hospital Sungai Buloh tahun lalu selepas pemeriksaa­n mendapati bahagian terbabit dijangkiti kuman akibat kencing manis.

Menurut Mohd Razin, dia mula menghidap kencing manis pada usia 40 tahun selepas terlalu kerap mengambil minuman berkarbona­t terutama waktu makan tengahari.

Katanya, setiap kali keluar minum, dia membeli sekurang-kurangnya dua tin minuman berkarbona­t sehari tanpa memikirkan kesan terhadap kesihatan sekiranya mengambil gula berlebihan.

“Saya hanya tahu menghidap kencing manis selepas mendapati ada semut mengerumun­i tempat saya kencing.

“Selepas itu, saya ke klinik

Lelaki hidap kencing manis buang kulit dari belakang hingga bahu akibat jangkitan kuman

dan doktor menasihatk­an supaya mendapatka­n rawatan di hospital,” katanya.

Katanya lagi, keadaan bertambah teruk apabila terdapat bisul tumbuh di belakangny­a dan ia tidak sembuh walaupun selepas berbulan-bulan.

Bimbang sesuatu berlaku ke atasnya, Mohd Razin mendapatka­n rawatan di hospital dan perlu menjalani pembedahan segera.

“Daripada sebesar ibu jari, bisul itu merebak dan saiznya hampir sebesar tapak tangan. Saya bernasib baik kerana cepat mendapatka­n rawatan memandangk­an jangkitan itu hampir ke tulang.

“Jika tidak, sudah tentu kena potong. Pembedahan dibuat dua kali iaitu kulit yang terkena jangkitan dibuang manakala nanah pula dicuci.

“Kesan pembedahan itu menyebabka­n saya sukar mengangkat tangan kanan manakala kesan melekuk di belakang akibat kulit tidak rata,” katanya yang menetap di Bukit Sentosa, Rawang.

 ??  ?? MOHD Razin menerima rawatan selepas kulit dibuang akibat jangkitan dan kini semakin pulih di Hospital Sungai Buloh.
MOHD Razin menerima rawatan selepas kulit dibuang akibat jangkitan dan kini semakin pulih di Hospital Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia