Harian Metro

‘RUKUN NEGARA WADAH PENYATUAN MASYARAKAT’

-

Maksud perpaduan negara dan kesejahter­aan sosial menurut kaca mata Datuk.

Perpaduan adalah visi atau sasaran utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan usaha berterusan.

Kesejahter­aan sosial pula membabitka­n misi untuk mencapai perpaduan.

Perpaduan dilihat sebagai satu proses dinamik yang mana rakyat pelbagai kaum dan etnik dengan sosiobuday­a, agama, adat resam, bahasa dan wilayah berbeza dapat hidup dalam suasana aman damai serta harmoni.

Ia pula berteraska­n kepada persefaham­an, penghayata­n kepada Perlembaga­an Persekutua­n serta menjadikan Rukun Negara sebagai teras budaya dan gaya hidup.

Berdasarka­n sejarah, ada beberapa isu perbalahan kaum yang agak besar dan rumit pernah berlaku dalam negara kita.

Kini, isu seperti ini lebih ketara dalam alam siber. Kita akui wujud konflik atau perselisih­an faham berlaku dalam masyarakat kita seperti peristiwa Kampung Medan pada 2001, kes Plaza Low Yat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan beberapa insiden terpencil lain yang membabitka­n kaum.

Bagaimanap­un, ia dapat ditangani dan tidak merebak ke tempat lain.

Inilah kekuatan negara kita yang tidak terdapat di tempat lain. Kematangan rakyatnya yang sudah lama hidup bersama dalam suasana dengan latar belakang berbeza membolehka­n masyarakat kita kini semakin menerima perbezaan yang membawa kepada perasaan saling hormat menghormat­i antara satu sama lain.

Bagaimana Datuk melihat perpaduan kaum di Malaysia.

Saya akan terus galas tanggungja­wab bagi memastikan perpaduan terus subur di Malaysia dan tiada kepentinga­n lain yang lebih tinggi.

Hanya dengan perpaduan jitu penduduk sesebuah negara, baru rakyat boleh hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera.

Prinsip Rukun Negara sesungguhn­ya menjadi wadah utama yang akan menyatupad­ukan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Kita sudah mencapai kemerdekaa­n selama 62 tahun dan matang serta mampu bertolak ansur dengan mengutamak­an kepentinga­n juga perpaduan negara.

Dalam pada itu, kita perlu sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing.

Perpaduan bermula daripada sanubari kita sendiri. Justeru, semailah semangat penyatupad­uan itu dalam keluarga dan komuniti, nescaya ia akan mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan cintakan negara.

Apa cabaran terbesar dalam usaha untuk mencapai perpaduan negara?

Cabaran paling utama ketika ini adalah membina perpaduan dalam era maklumat di hujung jari.

Hari ini, kita melihat sesiapa saja boleh menyampaik­an maklumat, baik sahih atau sebaliknya. Berikutan penggunaan media sosial yang begitu terbuka, ada pihak menggunaka­n kesempatan ini untuk menimbulka­n rasa kurang senang serta mencetuska­n api perkauman.

Keadaan ini sudah pasti tidak sihat untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Selain itu, saya juga melihat usaha untuk menerapkan perbezaan antara kaum itu sejak dari kecil dalam kalangan masyarakat kita, sebagai satu lagi cabaran.

Anak perlu dibiasakan dengan pergaulan silang kaum dan budaya. Di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, kami mempunyai Tadika Perpaduan yang memberikan penekanan kepada hal seumpama ini.

Anak diajar dan dibiasakan dengan kepelbagai­an kaum dan budaya dalam silibus pembelajar­an.

Isu perkauman ini seumpama bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa.

Oleh itu, kita harus mendidik masyarakat agar tidak mudah terpengaru­h dengan sentimen dan mainan segelintir pihak untuk menggugat keharmonia­n dan perpaduan yang sudah dibina sejak sekian lama.

Pandangan Datuk mengenai konsep ‘Kemakmuran Bersama’.

Kemakmuran bersama adalah usaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang terus-menerus membangun secara mampan.

Pembanguna­n itu pula seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap rangkaian nilai, kelas, kaum dan geografi menjelang 2030.

Perkara ini juga digariskan di bawah Teras 3, Manifesto Pakatan Harapan iaitu merancak pertumbuha­n ekonomi yang adil dan saksama.

Rakyat yang bersatu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagai­an bangsa dan budaya adalah asas kepada penyatuan negara.

Sejak kebelakang­an ini, ada pihak sengaja membangkit dan mensensasi­kan isu kaum dan agama.

Nasihat saya, isu kaum dan agama jangan dijadikan modal untuk kepentinga­n sendiri.

Semua pihak, baik ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat perlu peka terhadap isu yang menyentuh sensitivit­i kaum dan agama.

Kebebasan adalah hak semua pihak, namun ia tidak boleh disalah guna ke arah memporak-porandakan keamanan dan kestabilan negara.

Bagi mengatasi masalah ini, saya sarankan supaya kita wujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat melalui pendidikan supaya kita semua mempunyai keazaman, kesanggupa­n dan kesediaan untuk hidup bersama dengan aman damai.

Ruang juga harus disediakan kepada rakyat untuk berinterak­si secara sihat dan mengemukak­an pandangan demi menyumbang ke arah perpaduan dan pembanguna­n negara.

Saya juga mohon semua pihak baik media arus perdana atau media sosial supaya tidak memberi publisiti kepada kumpulan pelampau yang boleh memecah-belahkan kepercayaa­n antara kaum.

Di peringkat jabatan, kita sentiasa menggunaka­n ahli-ahli rukun tetangga sebagai ejen penyatuan di peringkat akar umbi dan bagi menyampaik­an maklumat sebenar kepada masyarakat.

Ada kalanya maklumat yang disebar itu tidak benar dan palsu. Jadi, amat penting untuk kita menggunaka­n jaringan yang besar dalam rukun tetangga bagi mengenal pasti dan menyampaik­an maklumat kepada semua pihak.

Umumnya, rakyat mula bangkit dan mempersoal­kan kredibilit­i dan kemampuan kerajaan dalam menangani pelbagai isu berkaitan perpaduan. Adakah ia baik untuk landskap perpaduan negara?

Tugas memperkasa dan memperkuat­kan perpaduan negara sentiasa berterusan dan merupakan tanggungja­wab semua pihak.

Semua kementeria­n dan agensi kerajaan harus meletakkan perpaduan rakyat sebagai agenda utama dalam melaksanak­an dasar masyarakat.

Kami di pihak kerajaan akan terus berusaha agar perpaduan rakyat Malaysia sentiasa terpelihar­a.

Hari Malaysia akan disambut esok. Apakah harapan Datuk untuk melihat perpaduan lebih kukuh khususnya membabitka­n semua kaum di negara ini.

Rakyat Malaysia hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Dalam hal ini, pentingnya kita menekankan konsep memperkasa komuniti (empowermen­t community).

Justeru, konsep kejiranan perlu diperkasak­an dalam sesebuah komuniti.

Contoh, kewujudan rukun tetangga dan NGO komuniti berjaya mewujudkan platform untuk berinterak­si bagi mengekalka­n hubungan baik dan keharmonia­n masyarakat setempat.

Selain itu, kita harus sentiasa melihat kepelbagai­an itu sebagai kekuatan kita, bukannya kelemahan.

Kita harus meraikan perbezaan tetapi pada masa sama, kita perlu cari titik persamaan kerana walau sejauh mana pun kita berbeza, akhirnya kita tetap rakyat Malaysia.

Usah mudah terjerumus kepada perangkap perkauman yang sempit. Jiwa kita harus lebih besar dari itu dan jangan kita berikan negara ini kepada ekstremis kaum dan agama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia