Harian Metro

Alat bantuan pendengara­n pintar

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@ hmetro.com.my

Circa AI peranti gabung pengesan, kecerdasan buatan pertama di dunia

Starkey Hearing

Tecnologie­s, syarikat mengkhusus teknologi pendengara­n berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS), memperkena­lkan alat bantuan pendengara­n pintar, Circa AI.

Ketua Pegawai Inovasi Starkey Hearing Tecnologie­s, Dr Dave Fabry berkata,

Circa AI adalah peranti yang menggabung­kan pengesan dan AI (kecerdasan buatan) pertama di dunia yang dapat mengesan aktiviti fizikal serta kesihatan kognitif penggunany­a.

Katanya, Circa AI juga menampilka­n ciri yang dipanggil ‘fall detection’ (pengesan terjatuh) dan kebolehan amaran selain mampu menterjema­h 27 bahasa secara terus.

“Tidak syak lagi Circa AI adalah alat bantuan pendengara­n terbaik dari segi prestasi dan kualiti bunyi yang pernah kami hasilkan.

“Hari ini menjadi detik penting dalam industri pendengara­n dunia kerana menerusi produk ini, kami berjaya mentransfo­rmasikan penggunaan peranti tunggal yang mempunyai pelbagai fungsi bantuan pendengara­n.

“Ia bukan sekadar peranti bantuan pendengara­n, malah adalah pintu gerbang memperoleh kesihatan dan kecergasan lebih baik, sekali gus menjadikan hidup kita lebih berkualiti,” katanya pada majlis pelancaran di Menara Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.

Pelancaran global bagi Circa AI turut menampilka­n aplikasi mudah alih baru Thrive Hearing Control dan tiga aksesori tanpa wayar baharu iaitu TV Starkey Hearng Technologi­es,

The Remote dan Remote Microphone +.

Teknologi Hearing Reality mampu mengurangk­an bunyi suasana bising sehingga 50 peratus, mengurangk­an usaha mendengar dan membolehka­n pengguna mendengar pertuturan secara lebih jelas.

“Berada di dalam industri pendengara­n pada masa ini amat mengujakan.

“Kami terusmener­us mengubah dan memperbaik­i teknologi bantuan pendengara­n dengan menyertaka­n sekali pengesan dan AI,” kata Dr Fabry.

“Kami sebenarnya baru bermula. Dengan alat pengesan suasana, antaramuka mudah digunakan dan kini dengan pilihan mengecas semula bateri, produk ini adalah peranti menawarkan kualiti bunyi menakjubka­n, pelbagai guna dan fungsi yang harus dimiliki,” tambahnya. demam atau sakit pada tempat suntikan.

Kesimpulan­nya, penyakit beguk tidak boleh dipandang remeh meskipun jangkitan ini boleh sembuh selepas satu tempoh.

Pesakit perlu mendapatka­n nasihat doktor agar rawatan sesuai boleh diberikan.

Vaksinasi antara langkah pencegahan penyakit berjangkit ini.

Pengambila­n vaksin adalah tanggungja­wab semua individu, khususnya ibu bapa dan penjaga.

Mencegah lebih baik daripada mengubati!

Pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, hubungi

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre - NPCC) talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).

Disediakan oleh

Siti Nur Fatin Amirah Che Has dan Sarah binti Abdul Aziz

Pegawai Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Kuala Terengganu

 ??  ?? DR Fabry ketika berucap pada majlis pelancaran Circa AI.
DR Fabry ketika berucap pada majlis pelancaran Circa AI.
 ??  ?? (DARI kiri) Pengarah Urusan Starkey Hearing Technologi­es Malaysia, Indonesia dan Singapura, Manfred Stoifl; Pakar Pendidikan dan Latihan Audio Starkey Hearing Tecnologie­s, Judy Grobstein dan Dr Fabry.
(DARI kiri) Pengarah Urusan Starkey Hearing Technologi­es Malaysia, Indonesia dan Singapura, Manfred Stoifl; Pakar Pendidikan dan Latihan Audio Starkey Hearing Tecnologie­s, Judy Grobstein dan Dr Fabry.
 ?? FOTO ?? INOVASI industri pendengara­n menerusi Circa AI yang disertakan dengan aplikasi Thrive.
FOTO INOVASI industri pendengara­n menerusi Circa AI yang disertakan dengan aplikasi Thrive.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia