Harian Metro

URUS KONFLIK GAJAH, MANUSIA

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

ajah mati meninggalk­an tulang.’ Sepertinya bait pepatah yang sering kita dengar ini yang bermaksud orang berjasa meninggalk­an nama yang baik, tidak sepadan bagi menggambar­kan laporan media berkaitan mamalia darat terbesar itu kerana ia mati meninggalk­an duka mendalam.

Haiwan berkenaan sama ada mati dilanggar kenderaan, termakan racun mahupun sakit akibat kekurangan nutrisi adalah bukti habitat asalnya diganggu sehingga hidupan liar itu memasuki kawasan penempatan penduduk di negara ini.

Habitat yang semakin mengecil memaksa gajah keluar mencari makanan luar daripada kawasan tempat tinggalnya dan menimbulka­n konflik antara gajah dan manusia. Gajah akan berkeliara­n dalam hutan berhampira­n ladang yang lazim ditanam kelapa sawit dan pisang berikutan menyediaka­n sumber makanan yang mudah.

Konflik gajah dan manusia bukanlah perkara baru kerana ia sudah bermula sejak 1950-an selepas penjajah Inggeris pada masa itu aktif membuka tanah untuk kegiatan pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dan kopi terutamany­a di Perak, Kedah, Johor dan Negeri Sembilan.

Kesan pembukaan ladang untuk pertanian itu menyebabka­n habitat gajah terganggu kerana sebahagian kawasan tempat tinggal gajah yang dilitupi hutan dijadikan sebagai lokasi penanaman. Pembanguna­n berleluasa dalam ‘merampas’ habitat gajah menjadi ancaman terbesar kepada kepupusan haiwan ini.

Perubahan ini menyebabka­n populasi gajah kehilangan tempat tinggal sehingga kawasan haiwan itu mencari makanan menjadi terhad, manakala laluannya dihalang sekali gus ia terpaksa menceroboh masuk dan membuat gangguan di kawasan ladang serta kebun penduduk. Tanaman dimusnahka­n dan dimakan gajah yang kelaparan.

Jalan penyelesai­an mudah diambil bagi mengatasi konflik kedua-duanya adalah dengan menembak mati gajah yang memasuki ladang pertanian berkenaan menerusi lesen pemburuan gajah. Memasuki era 1960-an, sektor pertanian semakin rancak dan kaedah penyelesai­an masih sama.

Pada 1970-an, lebih banyak kawasan hutan tanah pamah dibuka untuk penanaman kelapa sawit menerusi agensi Lembaga Pembanguna­n Tanah Persekutua­n (Felda) dan Lembaga Pemulihan Tanah Persekutua­n (Felcra). Pembunuhan gajah masih berjalan berikutan kesedaran mengenai konservasi hidupan liar pada masa itu masih di tahap sangat rendah.

Khuatir jika pembunuhan gajah dibiarkan berterusan menyebabka­n spesies ini pupus, Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mula mengambil langkah untuk memulihara haiwan itu. Selain menghentik­an pengeluara­n lesen pemburuan dan cuba elak tindakan tembak mati jika ada aduan serangan gajah, Unit Tangkapan Gajah ditubuhkan pada 1974.

Sehingga 1980-an banyak kawasan hutan pamah yang menjadi habitat utama gajah diteroka dan ditanam dengan kelapa sawit dan

 ??  ?? PENJAGA gajah memandikan anak gajah.
PENJAGA gajah memandikan anak gajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia