Harian Metro

SUDAH FASA AKHIR

-

 Harimau Malaya tampil empat penyerang naturalisa­si 9 bulan lagi

Kuala Lumpur: kelompok penyerang sedia ada untuk mengharung­i baki enam perlawanan Kumpulan G.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, setakat ini proses dokumentas­i membabitka­n bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi dan penyerang utama Kuala Lumpur, Guilherme de Paula di peringkat akhir sebelum mereka dibenarkan beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Beliau berkata, urusan berkenaan turut membabitka­n dua pemain kacukan, Kobe Chong dan Armin Maier Rafi yang dijangka selesai selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Empat pemain terbabit tidak mempunyai masalah, malah sekarang ini FAM hanya perlu menghantar beberapa dokumen kepada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) untuk dinilai sebelum mereka dibenarkan bermain.

“Apa yang boleh saya katakan Liridon dan de Paula tidak mungkin bermain dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kerana pendaftara­n pemain sudah ditutup.

“Kelibat mereka boleh disaksikan jika skuad Harimau Malaya layak ke pusingan ketiga pada Jun tahun depan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan skuad Harimau Malaya ketandusan penyerang tulen ketika dua aksi pertama kelayakan itu berdepan Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu.

Malah, penyerang veteran, Norshahrul Idlan Talaha, 33, yang diberikan tanggungja­wab menggalas posisi berkenaan gagal memainkan peranan dengan berkesan hingga dihujani kecaman netizen di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Namun, pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe tampil mempertaha­nkan pemain itu sambil menjelaska­n corak permainan skuad kebangsaan sekarang berteraska­n gaya bola sepak moden yang memerlukan semua pemain berkeupaya­an meledak gol.

 ?? Stuart Ramalingam ?? Empat pemain terbabit tidak mempunyai masalah, malah sekarang ini FAM hanya perlu menghantar beberapa dokumen kepada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) untuk dinilai sebelum mereka dibenarkan bermain”
Stuart Ramalingam Empat pemain terbabit tidak mempunyai masalah, malah sekarang ini FAM hanya perlu menghantar beberapa dokumen kepada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) untuk dinilai sebelum mereka dibenarkan bermain”
 ??  ?? LIRIDON
LIRIDON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia