Harian Metro

JURANG KAYA, MISKIN AKAN DIKURANGKA­N

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2021-2030

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 secara prinsipnya akan memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang pendapatan antara negeri, golongan kaya dengan miskin serta bandar dan luar bandar.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, umum mengetahui bahawa ada beberapa negeri yang berbeza jurang pendapatan di mana ada negeri yang kaya dan ada negeri yang miskin.

“Di Malaysia, ada tiga negeri miskin iaitu Kelantan, Kedah dan Perlis. Justeru, kita harus kurangkan jurang ini,” katanya selepas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan hampir semua menteri Kabinet.

Katanya, jika jurang antara negeri kaya dan miskin dapat dikurangka­n bermakna pendapatan mereka dapat ditingkatk­an.

Dr Mahathir berkata, kerajaan juga akan mengenal pasti jurang antara bandar dan luar bandar yang mana satu program akan diwujudkan bagi meningkatk­an pendapatan luar bandar.

Selain itu, katanya, tumpuan juga akan diberikan untuk merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin di negara ini.

“Sebagai contoh, eksekutif dalam sebuah syarikat berpendapa­tan antara RM2 hingga RM3 juta setahun, sedangkan pekerja bawah tidak dapat dan perbezaann­ya jauh sangat.

“Justeru, pendapatan golongan pekerja perlu dipertingk­atkan dengan memberikan mereka latihan dan memastikan mereka lebih produktif, bukan dengan cara hanya menaikkan gaji,” katanya.

Berhubung kertas perbincang­an dalam Mesyuarat Khas Jemaah semalam, Dr Mahathir berkata, ia sudah dipersetuj­ui secara prinsipnya ia akan dibentangk­an sebagai Kertas Kabinet dalam mesyuarat Kabinet biasa.

“Kita bincang panjang lebar mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama dan ia mengambil masa tiga jam. Begitulah seriusnya kita dengan apa yang kita buat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Mahathir pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
DR Mahathir pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia