Harian Metro

Tok Gajah longlai tanpa enam pemain tonggak

-

Ipoh: Pengendali skuad Pahang, Dollah Salleh mengakui keserasian skuad Tok Gajah terjejas ketika menentang Perak pada aksi Piala Malaysia malam kelmarin, berikutan enam tonggaknya tidak dapat bersama dalam latihan bagi menyusun strategi selepas terbabit dengan tugasan di peringkat antarabang­sa.

Empat pemainnya iaitu Norshahrul Idlan Talha, Matthew Davies, Mohamadou Sumareh dan Muhamad Nor Azam Abdul Azih terikat dengan skuad kebangsaan pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 berdepan Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sementara, dua lagi iaitu Muhamad Safuwan Baharudin beraksi untuk pasukan kebangsaan Singapura dan Saddil Ramdani bersama Indonesia.

Dollah berkata, Pahang tidak mempamerka­n corak permainan sebagaiman­a selalu dan agak kucar-kacir dalam merencana gerakan.

“Puncanya mungkin enam pemain kebangsaan iaitu empat dari kita (skuad Harimau Malaya) dan dua lagi dari Singapura dan Indonesia terpaksa bertemu di Ipoh.

“Berikutan itu, kita tidak dapat adakan latihan namun saya bagi mereka bermain, jadi di situ tidak ada keserasian selepas tiga minggu tidak bersama dan malam ini memang bukan pasukan Pahang yang sebenar,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan di Stadium Perak, di sini, malam kelmarin.

Kekalahan skuad kendaliann­ya dengan keputusan 1-3 bagaimanap­un tidak menjejaska­n kedudukan Pahang yang sudah menempah tiket untuk ke pusingan suku akhir.

Beliau turut mengakui, pengesahan selaku juara kumpulan dan layak ke pusingan seterusnya turut menjadi punca anak buahnya tewas pada perlawanan itu.

“Mungkin sebab lain ialah pemain agak selesa dengan kedudukan kita yang sudah layak tetapi saya percaya kita akan bangkit walaupun berbaki satu lagi perlawanan,” katanya.

Dollah berkata, beliau akan membuat persediaan untuk bangkit semula pada baki perlawanan menentang Pulau Pinang dan mahu berhati-hati dalam menurunkan pemainnya bagi menghadapi skuad Pulau Mutiara di Stadium Bandaraya pada Rabu ini.

Beliau juga perlu berhati-hati dalam menurunkan kesebelasa­n utama pada perlawanan itu berikutan masalah kecederaan serta beberapa pemain yang dilayangka­n kad kuning.

“Saya kena berhati-hati kerana hari ini Davies cedera, manakala (Dickson) Nwakame yang sudah menerima dua kad kuning serta beberapa pemain juga yang sudah dilayangka­n kad kuning, jadi kita tidak mahu ambil risiko.

“Saya tidak mahu pada perlawanan suku akhir nanti ada penggantun­gan pemain, jadi banyak kajian perlu dibuat dan dalam tempoh dua tiga hari ini saya perlu buat persediaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia