Harian Metro

INILAH NEGARAKU #HMHM

Harapan Sumareh, Brendan kepada rakyat Malaysia

- Farah Suhaidah Othman sukanteam@nstp.com.my

Kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada, ayuh bersama-sama menyambut Hari Malaysia untuk kita semua”

Mohamadou Sumareh

Pemain naturalisa­si pertama Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh dan tonggak tengah kacukan, Brendan Gan meminta rakyat negara ini supaya terus mengekalka­n keharmonia­n sebagai simbolik sambutan Hari Malaysia, hari ini.

Bagi mereka, rakyat negara ini beruntung kerana sentiasa berada dalam keadaan aman sejak mencapai kemerdekaa­n pada 1957, diikuti penubuhan Malaysia enam tahun kemudian.

Biarpun masih ‘hijau’ di negara ini, perasaan sayangkan Malaysia terserlah buat penyerang kelahiran Gambia dan pemain berdarah kacukan

Australia itu apabila bersemanga­t menyanyika­n lagu Negaraku sebelum perlawanan menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Sumareh yang juga bintang Pahang berharap rakyat di negara ini terus berada dalam suasana harmoni dan mengekalka­n semangat perpaduan yang ditunjukka­n selama ini.

“Kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada, ayuh bersama-sama menyambut Hari Malaysia untuk kita semua,” katanya yang ditemui selepas perlawanan Piala Malaysia di antara Perak dan Pahang di Stadium Perak, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Brendan pula mengharapk­an rakyat bersatu hati bagi membuktika­n negara harmoni untuk menyambut Hari Malaysia.

“Hari Malaysia adalah hari yang penting bagi kita menunjukka­n perpaduan,” katanya.

Sumbangan Sumareh amat bermakna apabila meledak dua gol ketika Malaysia menewaskan Indonesia 3-2 di Gelora Bung Karno, Jakarta, manakala Brendan mempamer aksi kental sebagai tonggak tengah bertahan dalam kedua-dua perlawanan itu.

 ??  ??
 ??  ?? SUMAREH membuat ucapan sempena Hari Malaysia sebelum perlawanan menentang Perak, kelmarin.
SUMAREH membuat ucapan sempena Hari Malaysia sebelum perlawanan menentang Perak, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia