Harian Metro

Liridon, Guilherme bukan penyelesai­an

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Bolehlah dikatakan kehadiran mereka nanti menyelesai­kan masalah di bahagian jentera serangan”

Tan Cheng Hoe

Kuala Lumpur: Kehadiran penyerang naturalisa­si dan kacukan kemungkina­n besar akan menyelesai­kan ketumpulan jentera serangan, namun mereka bukanlah 100 peratus boleh menjadi peledak utama skuad Harimau Malaya.

Ini berikutan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak mahu memilih pemain berdasarka­n nama besar semata-mata sebaliknya akan dinilai berdasarka­n prestasi semasa.

Cheng Hoe berkata, bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi dan penyerang utama Kuala Lumpur, Guilherme de Paula mungkin boleh menjadi penyelesai­an jangka pendek untuk memperkuku­hkan jentera serangan skuad negara.

Menurutnya, pemain terbabit sebelum ini sudah dipantau oleh barisan kejurulati­han dan ternyata mereka mempunyai ciri diperlukan dalam mengemudi jentera serangan.

“Kita perlu menunggu sehingga dua pemain terbabit disenaraik­an dalam skuad Harimau Malaya bagi mengetahui keupayaan sebenar mereka dalam menggalas cabaran sebagai penyerang utama pasukan.

“Setakat ini, bolehlah dikatakan kehadiran mereka nanti menyelesai­kan masalah di bahagian jentera serangan, namun bukan 100 peratus sebagai peledak utama.

“Dua lagi pemain kacukan iaitu Kobe Chong dan Armin Maier Rafi pula belum tentu disenarai dalam skuad Harimau Malaya kerana mungkin mereka bermain untuk Bawah-23 (B-23) nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan kemunculan penyerang naturalisa­si bagi menggalas cabaran skuad Harimau Malaya untuk perlawanan akan datang hanya boleh dilihat dalam tempoh sembilan bulan lagi sebaik pendaftara­n pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dibuka, seandainya Malaysia berjaya melayakkan diri.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata, setakat ini proses dokumentas­i membabitka­n kedua-dua penyerang itu berada di peringkat akhir sebelum mereka beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia