Harian Metro

LONGGAR SYARAT LOT PARKIR

MOT beri cadangan untuk bantu kurang harga hartanah

- Oleh Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) mencadangk­an Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melonggark­an syarat wajib lot tempat letak kereta bagi projek perumahan dari jenis apartment dan kondominiu­m.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook berkata, pembinaan unit kondominiu­m dan apartmen baharu tanpa lot tempat letak kereta itu juga akan membantu mengurangk­an harga rumah.

Katanya, cadangan terbabit dilihat antara langkah tepat untuk mengurangk­an harga hartanah seterusnya menggalakk­an penggunaan pengangkut­an awam dan memberi manfaat kepada para pembeli rumah.

Menurutnya, inisiatif seumpama ini boleh dilaksanak­an kawasan pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) yang berada berdekatan dengan kemudahan pengangkut­an awam seperti MRT dan LRT.

“Pemaju rumah pada masa ini wajib menyediaka­n tempat letak kereta apabila membina rumah apartment dan kondominiu­m dania menjadi sebahagian daripada kos rumah itu.

“Sebagai cadangan, sekiranya syarat itu dijadikan sebagai pilihan, mungkin harga rumah boleh direndahka­n dan pada masa sama ia dapat menggalaka­n ramai menggunaka­n pengangkut­an awam,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Pemilikan Rumah-Ekspo Hartanah Malaysia 2019 (HOC-MAPEX 2019) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Soam Heng Choon dan Pengerusi Penganjura­n HOC-MAPEX, Datuk Ng Seing Liong.

Anthony berkata, perkara terbabit bukanlah keputusan dasar tetapi hanya cadangan yang boleh diberi perhatian oleh pihak KPKT untuk diperhalus­i secara lebih mendalam.

“Mungkin untuk permulaan, kita boleh wujudkan projek rintis berdekatan dengan fasiliti pengangkut­an awam bagi menilai cadangan ini sama ada ia boleh digunakan atau tidak pada masa hadapan.

”Jika pemaju diberi kelonggara­n syarat untuk tiorang

Sekiranya syarat itu dijadikan sebagai pilihan, mungkin harga rumah boleh direndahka­n”

Anthony Loke

dak menyediaka­n tempat letak kereta, ia akan menjadikan harga rumah menjadi lebih rendah,” katanya.

Sementara itu, Soam berkata, sebagai contoh, kos untuk bina tempat letak kereta di Kuala Lumpur sekarang ini adalah RM50,000 dan kebanyakan apartmen yang dibina menawarkan dua lot tempat letak kereta.

“Jadi, jika tempat letak kereta tidak disediakan, kos pembinaan rumah akan lebih murah dan ia akan menurunkan harga rumah,” katanya.

Sementara itu, HOC-MAPEX 2019 yang berlangsun­g pada 18 hingga 20 Oktober di Pusat Pameran Mid Valley menyasarka­n kehadiran 30,000 pengunjung.

Pameran itu turut menampilka­n 48 pemaju hartanah, empat institusi kewangan dan lapan agensi kerajaan yang menawarkan hartanah kediaman dan komersial di seluruh negara.

 ??  ?? ANTHONY (tengah) melawat ruang pameran di HOC-MAPEX 2019, semalam.
ANTHONY (tengah) melawat ruang pameran di HOC-MAPEX 2019, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia