Harian Metro

PPBB ‘hangat’

Pertambaha­n kategori meriahkan kejohanan

-

Kejayaan penganjura­n Program Pembanguna­n Bakat Badminton (PPBB) oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) hasil kerjasama Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) pada tahun lalu, kini diadakan lebih hebat dengan pertambaha­n beberapa kategori tahun ini.

Kejohanan membabitka­n 11 kategori itu disertai sera mai 224 atlet berusia 9, 10, 11 dan 12 tahun yang dibentuk daripada program itu yang mempunyai keseluruha­n 70 pusat pembanguna­n.

Program bermatlama­t mencari dan memupuk bakat badminton di kalangan murid sekolah rendah dengan harapan suatu hari nanti mereka akan mewakili negara dalam sukan yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia.

Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Ahmad Haridan Mohammed yang juga Setiausaha Jawatankua­sa Induk Kejohanan PPBB KPM-PERODUA Peringkat Kebangsaan 2019 berkata, kejohanan bermula Rabu lalu dan perlawanan akhir berlangsun­g esok.

“Program pembanguna­n ini sangat bagus kerana memberi peluang kepada semua lapisan murid dari seluruh Malaysia yang mempunyai potensi dalam sukan badminton untuk menjadi landasan ke arah pemain badminton profesiona­l pada masa akan datang.

“Tambahan semuanya ditaja PERODUA termasuk elaun jurulatih yang terdiri daripada guru sekolah,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, juara bagi 11 kategori ini kelak turut berpeluang bertanding di peringkat antarabang­sa di Jepun

bagi menentang pemain negara itu dan juga salah satu negara kuasa badminton dunia iaitu Indonesia.

“Orang ramai khususnya peminat sukan badminton dijemput hadir memenuhi Arena Badminton Perak di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi memberi sokongan kepada bakat-bakat muda ini.

“Separuh akhir bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang Sabtu (hari ini), manakala perlawanan akhir pada Ahad (esok) bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari yang dihadiri Presiden

dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Dr Ahmad Rafee Che Kassim,” katanya.

Sementara itu, jurulatih pasukan Terengganu, Wan Ahmad Fairuz Zulkifli yang juga guru Pendidikan Jasmani dan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kemaman berkata, sejak program itu dilancarka­n Februari tahun lalu, ia semakin mendapat sambutan daripada murid dan juga ibu bapa.

 ??  ?? LEE Kay Xin (kanan) dan Teh Xin Ying beraksi pada kejohanan Program Pembanguna­n Bakat Badminton Peringkat Kebangsaan.
LEE Kay Xin (kanan) dan Teh Xin Ying beraksi pada kejohanan Program Pembanguna­n Bakat Badminton Peringkat Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia