Harian Metro

PELUANG RODRIGUEZ

Import Kedah enggan lepas peluang ledak gol

- Oleh Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Peledak utama Kedah, Fernando Rodriguez mengidam untuk menghadiah­kan gol buat Lang Merah pada pertemuan menentang Pahang di separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam ini.

Dengan 18 gol yang dihasilkan­nya buat Kedah setakat ini, pemain berusia 32 tahun kelahiran Sepanyol itu pasti menjadi tumpuan dan harapan penyokong setia untuk memberikan Lang Merah kelebihan selesa untuk dibawa ke Darul Makmur minggu depan.

“Sebagai pemain penyerang, sudah tentu saya tidak mahu melepaskan peluang membantu pasukan untuk menghasilk­an gol pada peringkat penting ini kerana kami memerlukan bekalan selesa untuk dibawa ke perlawanan seterusnya di tempat lawan nanti.

“Beraksi di laman sendiri sambil disaksikan puluhan ribu penyokong setia Kedah memang menjadi impian setiap penyerang dan ia membangkit­kan lagi semangat juang saya untuk memburu gol.

“Dalam masa sama, saya harus tenang dan sentiasa fokus selain bekerjasam­a dengan rakan sepasukan dalam usaha mencari peluang terbaik menghasilk­an gol,” katanya.

Berdepan Pahang yang memiliki pertahanan kental, bekas pemain kelab Mitra Kukar itu mengaku berdepan tugas sukar jika dibandingk­an

cul juara pada 2013.

“Saya akan beri seratus peratus komitmen untuk pasukan dan berharap kami akan ke final. Sejak

saya bersama dengan peringkat yang dilalui sebelum ini.

“Bukan satu tugas yang mudah, namun dengan persiapan selama lebih dua minggu sebelum ini mampu meningkatk­an lagi persefaham­an dalam permainan.

“Berbekalka­n sokongan penyokong, saya mengharapk­an Kedah dapat mencapai keputusan positif seperti dirancang,” katanya.

Pahang, kami hanya layak ke separuh akhir saja manakala kami pernah ke final Piala FA pada 2017.

“Saya berharap kami mampu melakukann­ya kali ini dan ini pastinya satu pencapaian baik buat diri saya sendiri,” katanya.

Rekod pertemuan Pahang bertemu Kedah musim ini agak baik apabila berjaya mengalahka­n skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu 1-0 di laman sendiri sebelum seri 0-0 di Alor Setar.

Menurut Sumareh, mereka sudah membuat persediaan terbaik dan berharap dapat membawa bekalan selesa untuk dibawa pulang.

“Saya dan rakan sepasukan mahu memenangi perlawanan ini, tapi kami perlu berusaha keras,” katanya.

 ??  ?? SUMAREH idam dakap trofi Piala Malaysia.
SUMAREH idam dakap trofi Piala Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia