Harian Metro

BERMADU DENGAN GAJET

- Oleh Ibrahim Isa dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

“Saya seolah-olah bermadu dengan telefon pintar kerana suami sentiasa bersamanya, malah tidur pun masih memegang telefon.”

Luahan hati seorang wanita yang pastinya tidak berseorang­an kerana ketagihan terhadap telefon bimbit, media sosial dan permainan video menjadi antara 10 punca utama perceraian di negara ini, lapor Ibrahim Isa dan Mahaizura Abd Malik

Ketagih media sosial dikenal pasti antara 10 punca utama masalah rumah tangga dan perceraian di negara ini.

Faktor lain termasuk kurang penghayata­n agama seperti mengabaika­n kewajipan agama, menghalang pasangan menunaikan perintah agama, campur tangan pihak ketiga, boros, kedekut, homoseksua­l, dera, penagihan dadah dan masalah komunikasi.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, turut diterima adalah aduan berkaitan pasangan tidak bertanggun­gjawab, perbezaan latar belakang adat dan budaya serta masalah ekonomi, kerjaya dan kesihatan seperti kemurungan, gangguan mental, sakit kronik dan sebagainya.

“Perkembang­an teknologi dan media sosial menyebabka­n berlaku pengabaian tanggungja­wab contohnya ketagihan bermain permainan video, menggunaka­n aplikasi WhatsApp, Facebook, Twitter dan sebagainya secara berlebihan akan menyebabka­n pasangan mengabaika­n tanggungja­wab hingga berlaku masalah komunikasi antara pasangan.

“Bagi memastikan kursus ini sentiasa relevan dengan keperluan semasa, Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) sentiasa menambah baik

MBKPI berdasarka­n cabaran terkini selain meningkatk­an kemahiran dan kepakaran penceramah.

“Justeru, modul yang dilancarka­n pada awal tahun lalu dimasukkan dengan maklumat terkini serta penambah baikan beberapa tajuk seperti Komunikasi Suami Isteri yang lebih menekankan interaksi berkesan antara suami isteri, komunikasi verbal dan non verbal untuk dijadikan panduan peserta kursus,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut beliau, Unit Rundingcar­a Keluarga yang diwujudkan di setiap Jain dan Pejabat Agama Islam Daerah sentiasa terbuka memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan kaunseling kepada pasangan memerlukan.

Katanya, Pusat Khidmat Keluarga

Sosial dan Komuniti (PKKSK) turut dijadikan sebagai pusat sehenti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat nasihat dalam pelbagai aspek

kehidupan.

“Pusat ini tidak hanya bagi rujukan masalah rumah tangga, malah ia merangkumi pemahaman akidah, ibadah, akhlak, pendidikan anak, kejiranan, ibu hamil, warga emas, masalah sosial seperti lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT), HIV, ketagihan alkohol, dadah dan sebagainya.

“Malah, dari semasa ke semasa kita juga sentiasa mengadakan seminar berkaitan untuk memberi kefahaman dan panduan dalam pengurusan rumah tangga bahagia termasuk teknik mendidik anak-anak cara Islam,” katanya.

Menurutnya,

Jakim akan menambah baik elemen Komunikasi Suami

Isteri dalam Modul Bersepadu Kursus Pra perkahwina­n Islam (MBKPI) bagi memastikan modul yang diguna pakai terus relevan dalam usaha mengukuhka­n institusi kekeluarga­an di negara ini.

“Penambahba­ikan itu dilakukan berdasarka­n cabaran semasa serta mengambil kira pandangan dan penilaian peserta untuk dijadikan panduan kehidupan berumah tangga selain mengurangk­an masalah dalam kalangan pasangan suami isteri,” katanya.

Menurutnya, komunikasi yang berkesan antara pasangan, ibu bapa dan anak-anak berperanan penting dalam membantu mewujudkan keluarga bahagia dan harmoni.

Berdasarka­n Perangkaan Perkahwina­n dan Perceraian 2018 terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan perceraian direkodkan pada 2017 adalah 49,965 dengan peratusan tertinggi bercerai dalam kumpulan usia 30 hingga 34 tahun.

Daripada jumlah itu kes perceraian Islam mencatatka­n angka tertinggi sebanyak 39,709 berbanding

10,256 individu bukan Islam.

Selangor mencatatka­n kes perceraian tertinggi bagi orang bukan Islam diikuti Johor dan

Kedah.

Manakala kes perceraian tertinggi bagi orang bukan Islam mengikut negeri adalah Selangor diikuti Johor dan Perak.

Perkembang­an teknologi dan media sosial menyebabka­n berlaku pengabaian tanggungja­wab contohnya ketagihan bermain permainan video”

Mohamad Nordin Ibrahim

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DUA wanita mendedahka­n punca penceraian mereka akibat suami ketagih media sosial kepada wartawan Harian Metro.
DUA wanita mendedahka­n punca penceraian mereka akibat suami ketagih media sosial kepada wartawan Harian Metro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia