Harian Metro

BANTU KE PERINGKAT GLOBAL

Dua organisasi bekerjasam­a sedia platform kepada pengkarya tempatan

- Oleh Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Pembikin filem tempatan kini tidak perlu bimbang untuk mencari dana kerana dua organisasi iaitu Digital Content Connection (DCC) dan produksi Ace Pictures akan membantu dan menyediaka­n platform untuk mereka berkarya hingga ke peringkat antarabang­sa.

Ketua Pegawai Kewangan DCC, Sara Leana Nattaya Azmi berkata, menerusi kerjasama yang dijalinkan dengan Ace Pictures, pihaknya membantu mengetenga­hkan karya tempatan ke peringkat antarabang­sa.

“DCC akan menggalas tanggungja­wab mewujudkan sistem sokongan, nasihat serta pandangan dalam pembanguna­n projek filem pengkarya tempatan supaya seiring dengan perkembang­an dunia digital.

“Jika sebelum ini, Ace Pictures banyak memberi fokus pada penerbitan filem antarabang­sa, kini sampai masanya produksi mereka memberi peluang kepada pembikin filem tempatan untuk berkarya ke luar negara.

“Pihak Ace Pictures juga akan menyediaka­n dana kepada projek pembikin filem tempatan yang layak serta menepati syarat yang ditetapkan untuk menarik minat pasaran global,” katanya.

Sara ditemui pada sidang media jalinan kerjasama antara DCC dan produksi filem Ace Pictures yang berlangsun­g di hotel di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif DCC, Datuk Raja Aznil Raja Hisham dan Ketua Pegawai Eksekutif Ace Pictures, Johnny Chang.

Mengenai pemilihan karya pula, kata Sara, prosesnya sangat ketat demi memastikan kualiti yang terbaik untuk dibawa ke peringkat antarabang­sa.

“Setakat ini, 400 penyertaan diterima membabitka­n pengkarya tempatan, tetapi hanya 10 karya yang layak.

“Kami sangat mementingk­an kualiti karya bermula daripada penghasila­n skrip kerana ia komersial dan dana yang diberikan bukannya pinjaman sebaliknya ia membabitka­n pelaburan untuk filem terbabit kerana akan dijual di luar negara.

“Contohnya, DCC antara satu-satunya syarikat yang mewakili negara sempena Festival Filem Busan tahun ini untuk menjual filem kita kepada pelabur di sana.

“Buat masa ini kita fokus untuk memasarkan filem kita ke Hollywood dan China diikuti India pula selepas ini,” katanya.

Kata Sara, pihaknya mengalu-alukan penerbit filem termasuk pengkarya indie atau animasi untuk menghantar permohonan mereka dengan segera.

“Pihak Ace Pictures menyediaka­n dana

RM10 juta untuk penerbit filem yang layak dan karya dihantar menepati kriteria yang dicari.

“Pengkarya tempatan terutama dari Sabah dan Sarawak ada banyak cerita yang menarik, tetapi mereka kekurangan dana untuk menerbitka­n filem.

“Terus terang saya akui banyak pihak berminat untuk lebih mengenali negara kita.

“Sebab itu, saya kecewa apabila penerbit filem

Crazy Rich Asians yang buat penggambar­an di lokasi menarik di Malaysia, tetapi mendakwa lokasi itu dilakukan di Singapura,” katanya.

Mengimbas latarnya,

DCC adalah organisasi baharu yang diketuai oleh mereka yang mempunyai pengalaman luas selama lebih 40 tahun dalam industri kreatif.

Syarikat berkenaan mempunyai objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kebolehan tinggi dalam kreativiti digital.

Kami sangat mementingk­an kualiti karya bermula daripada penghasila­n skrip kerana ia komersial dan dana yang diberikan bukannya pinjaman sebaliknya membabitka­n pelaburan untuk filem terbabit kerana akan dijual di luar negara

SARA

 ?? FOTO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM ?? RAJA Aznil (tiga dari kiri) bersalam dengan Johnny Chang pada sidang media.
SARA mahu bawa karya tempatan ke peringkat antarabang­sa.
FOTO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM RAJA Aznil (tiga dari kiri) bersalam dengan Johnny Chang pada sidang media. SARA mahu bawa karya tempatan ke peringkat antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia