Harian Metro

Gabung elemen 4P

MyRumah Perak-Ku 2019 tawar rumah mampu milik RM70,000

- Am@hmetro.com.my

Pameran hartanah, MyRumah 2019 anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) bagi siri terakhir tahun ini menampilka­n kelainan apabila diadakan secara kerjasama dengan Ekspo Antarabang­sa Perak 2019 (PIEX’19).

Bertempat di Stadium Indera Mulia, pameran yang dikenali sebagai MyRumah Perak-Ku 2019 menawarkan pelbagai projek perumahan baru di kawasan Ipoh, Lembah Meru dan Ulu Kinta.

MyRumah yang diadakan empat hari bermula semalam mengetenga­hkan gabungan elemen 4P iaitu pameran, pengalaman, pendidikan dan persekitar­an bagi menarik pengunjung ke gerai pameran.

Sebanyak enam pemaju menyertai pameran kali ini iaitu Jabatan Perumahan Negara (JPN), Lembaga Perumahan

dan Hartanah Perak (LPHP), Casa Subang Sdn Bhd, Kinta Properties Sdn Bhd, Sunway Property Sdn Bhd dan Total Investment Sdn Bhd.

Manakala tiga bukan pemaju yang menyertai pameran kali ini adalah Amanah Raya Berhad, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas).

Perasmian PIEX’19 disempurna­kan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Muizzuddin

Shah, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Pegawai Operasi NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya.

Pengurus Besar Jualan Pengiklana­n-Agensi dan Korporat NSTP, Roche Chew berkata, Kumpulan Media

Prima dan NSTP terus komited menjadikan pameran MyRumah sebagai pameran hartanah terulung di negara ini.

Katanya, pameran itu menawarkan pelbagai projek perumahan yang memberi manfaat kepada rakyat negara ini terutama golongan

B40 dan M40 untuk memiliki kediaman sendiri dengan harga mampu milik serendah RM70,000.

Selain itu, pengunjung memperoleh ilmu hartanah melalui program disediakan dengan menampilka­n pakar hartanah serta kewangan yang berkongsi tip memiliki hartanah.

“Pameran ini turut menyediaka­n program lain membabitka­n ilmu hartanah kepada pengunjung dan diharap orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjung­i pameran kali ini,” katanya.

Pengunjung yang membeli rumah pada pameran itu dan memperoleh kelulusan pinjaman turut berpeluang menyertai Cabutan Bertuah Perdana yang menawarkan hadiah utama berupa Nissan Almera.

Pelbagai program turut disediakan terutama pada Sabtu dan Ahad dengan menampilka­n pakar hartanah serta selebriti antaranya Ahyat Ishak, Izhairil Jufri, Martinah Marzuki, Azrina Torman, Mohd Azman Ishak dan Maria Tunku Sabri.

Antara tajuk ilmu hartanah yang akan disampaika­n adalah Perancanga­n Pewarisan, Panduan Kepada Pembeli Rumah, Tak Kenal Maka Tak Selamat: Kenali Peluang dan Perangkap Hartanah serta Lapan Strategi Mudah Beli Rumah.

Pameran ini turut menyediaka­n program lain membabitka­n ilmu hartanah kepada pengunjung dan diharap orang ramai tidak melepaskan peluang”

Roche Chew

 ??  ?? SULTAN Nazrin berkenan melawat gerai pameran selepas perasmian PIEX 2019 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam.
SULTAN Nazrin berkenan melawat gerai pameran selepas perasmian PIEX 2019 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam.
 ??  ?? PENGUNJUNG berpeluang mendapatka­n sesi rundingan pada Pameran Hartanah MyRumah Perak-Ku@PIEX 2019 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
PENGUNJUNG berpeluang mendapatka­n sesi rundingan pada Pameran Hartanah MyRumah Perak-Ku@PIEX 2019 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia