Harian Metro

342 bekas positif biak aedes

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin shaka@nstp.com.my

Indeks pembiakan aedes yang tinggi dikenal pasti menjadi punca utama wujud wabak aktif chikunguny­a di tujuh lokaliti di daerah Batang Padang.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, sebanyak 342 bekas positif pembiakan nyamuk aedes ditemui di kawasan terbabit dalam tempoh 11 September sehingga 12 November lalu.

“Antara tempat pembiakan nyamuk yang ditemui adalah longgokan sampah haram, lot kosong terbiar, rumah kosong tidak berpenghun­i, longkang yang tidak diselengga­ra dengan baik dan tong tadahan air tidak bertutup di dalam serta luar rumah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, sehingga 12 November lalu daerah Batang

Padang mencatatka­n 82 kes jangkitan chikunguny­a membabitka­n tujuh lokaliti wabak aktif iaitu 52 kes di Kampung Baru Air Kuning manakala selebihnya di pekan Bidor, Taman Tapah, Taman Tapah Baru, Kampung Baru Kampung Pahang, Taman Orkid dan Taman Daya.

Dr Ding berkata, wabak berkenaan dijangka berakhir pada 26 November ini dan hingga kini tiada kematian dilaporkan di lokaliti terbabit.

Katanya, Jabatan Kesihatan negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Batang Padang melaksanak­an pelbagai usaha bagi membendung demam chikunguny­a itu.

“Antara aktiviti yang dilaksanak­an adalah pemeriksaa­n dan penghapusa­n tempat pembiakan aedes di premis persendiri­an, perniagaan serta tanah lapang.

“Tindakan penguatkua­saan turut dilaksanak­an dengan 42 kompaun dan sembilan notis pembersiha­n mengikut Seksyen 8 (1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dikeluarka­n terhadap pemilik premis yang membiak aedes,” katanya.

Menurutnya, pendidikan kesihatan diberikan secara bersemuka dan risalah diedarkan ketika aktiviti pemeriksaa­n premis dijalankan oleh PKD.

“Kami juga melaksanak­an aktiviti larvacidin­g, semburan ruang thermal (SRT) dan semburan ultra low volume (ULV) di semua lokaliti berwabak serta berpotensi wabak di daerah Batang Padang,” katanya.

Aktiviti gotong-royong dirancang dan akan diadakan pada Sabtu ini di Taman Tapah serta Taman Tapah Baru serta di Kampung Baru Air Kuning keesokan harinya.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan negeri menasihatk­an orang ramai supaya sentiasa peka dengan kebersihan persekitar­an di kediaman dan segera melakukan aktiviti pembersiha­n kawasan serta menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk di luar atau dalam rumah.

“Individu dan masyarakat diminta melindungi diri daripada gigitan nyamuk dengan memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang serta berwarna cerah atau menggunaka­n penghalau nyamuk apabila berada di luar rumah.

“Ini terutama pada awal pagi (jam 5-7 pagi) dan petang (jam 5 - 7 malam) iaitu ketika nyamuk aedes aktif.

“Orang

ramai juga perlu memberi kerjasama kepada pihak kesihatan ketika aktiviti semburan kabus dengan membuka pintu dan tingkap rumah mereka serta aktiviti pemeriksaa­n persekitar­an,” katanya.

Wabak berkenaan dijangka berakhir pada 26 November ini dan hingga kini tiada kematian dilaporkan di lokaliti terbabit”

Dr Ding Lay Ming

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia