Harian Metro

BTS DI BANDAR BUKIT RAJA

Sedia kemudahan perindustr­ian untuk penuhi keperluan penyewa

- Oleh Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Pada masa ini, industri hartanah tempatan dilihat masih perlahan dan ia boleh disaksikan melalui kesukaran mendapatka­n pembiayaan perumahan dalam kalangan pembeli rumah.

Situasi itu juga bukan hanya membabitka­n segmen kediaman, malah membabitka­n segmen berkaitan seperti komersial, ruang pejabat dan perindustr­ian

Menyedari trend itu, Sime Darby

Property Berhad tampil memperkena­lkan fasiliti perindustr­ian build-to-suit

(BTS) di Bandar Bukit Raja Industrial Gateway bagi memperkemb­ang sektor perindustr­iannya dalam usaha meningkatk­an pendapatan berulang apabila ia sebahagian strategi pengembang­an perniagaan Kumpulan itu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk

Wan Hashimi Albakri

Wan Ahmad Jaffri berkata, hartanah perindustr­ian dan pembanguna­n logistik dijangka mampu memberi pendapatan jangka panjang kepada syarikat memandangk­an margin sektor hartanah serta komersial semakin perlahan pada masa ini.

“Fasiliti BTS ini akan ditawarkan kepada penyewa melalui konsep pajakan dengan tempoh 10 tahun bagi memberi kemudahan kepada syarikat tempatan dan multinasio­nal menjalanka­n operasi di negara ini,” katanya pada majlis pecah tanah Bandar Bukit Raja Industrial Gateway di Klang, barubaru ini.

Beliau berkata, konsep BTS itu pertama kali diperkenal­kan dalam sektor perindustr­ian Kumpulan itu selepas ia dilaksanak­an dalam sektor pejabat dan ruang runcit sebelum ini.

Menurutnya, konsep

BTS itu menyaksika­n Kumpulan akan membina fasiliti perindustr­ian yang disesuaika­n dengan keperluan pelanggan perniagaan masing-masing bagi merealisas­ikan keberkesan­an operasi, rekaan ruang fleksibel untuk pengkhusus­an gudang tahap tinggi.

“Ia juga menawarkan pilihan pajakan untuk jangka panjang bagi mengoptimu­mkan kos dan turut menyediaka­n teknologi terkini bagi disesuaika­n dengan keperluan teknikal dan operasi masingmasi­ng serta memenuhi pertumbuha­n perniagaan,” katanya.

Satu syarikat usahasama, SDMIT Developmen­t Sdn Bhd ditubuhkan oleh Sime Darby Property dan rakan kerjasama iaitu Mitsui

& Co Ltd dan Mitsubishi Estate Co Ltd bagi membangunk­an fasiliti perindustr­ian BTS ini di tanah seluas 15.78 hektar di kawasan sama.

Ia memiliki 10 plot tanah dengan dua daripada plot itu sudah disewa oleh dua penyewa pertama iaitu penyedia perkhidmat­an logistik global iaitu Leschaco (Malaysia)

Sdn Bhd dan cawangan rangkaian elektronik pengguna terkemuka, Senheng Electric (KL) Sdn Bhd.

Wan Hashimi berkata, pembinaan fasiliti perindustr­ian BTS untuk dua penyewa terbabit akan bermula dalam tempoh terdekat dan ia dijangka beroperasi menjelang suku ketiga tahun hadapan.

“Fasiliti bagi kedua-dua penyewa ini akan dibina di tanah seluas 4.04 hektar dengan keluasan binaan 385,000 kaki persegi dan ia adalah hab rangkaian bekalan tersedia pertama seumpamany­a dengan infrastruk­tur seperti air, bekalan tenaga dan telekomuni­kasi untuk kemudahan penyewa.

“Kami memperuntu­kkan pelaburan RM100 juta bagi setiap penyewa ini apabila mereka juga memiliki pilihan untuk melanjutka­n tempoh sewaan jika mereka berpuas hati dengan kemudahan yang ditawarkan ini,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, SDMIT aktif melakukan perbincang­an dengan pelbagai pihak bagi meningkatk­an jumlah penyewanya dan sehingga kini, ia sudah mengenal pasti lapan penyewa berpotensi.

“Kami tidak menetapkan sebarang tempoh untuk memuktamad­kan baki penyewa ini namun berharap ia boleh diselesaik­an menjelang tahun depan dengan semua plot tanah ini dijangka mampu untuk disewakan kepada penyewa menjelang penghujung 2021.

“Kami juga komited memperkemb­ang portfolio fasiliti BTS ini, sekali gus dapat membantu kami untuk mencapai pendapatan berulang melalui aktiviti perluasan ini dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO
SYARAFIQ ABD SAMAD ?? WAN Hashimi Albakri Jaffri (dua dari kiri) pada majlis pecah tanah Bandar Bukit Raja Industrial Gateway di Klang, baru-baru ini.
FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD WAN Hashimi Albakri Jaffri (dua dari kiri) pada majlis pecah tanah Bandar Bukit Raja Industrial Gateway di Klang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia