Harian Metro

IBS bantu jimat kos, tempoh pembinaan

-

Kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) bukan saja mampu memberi penjimatan kos kepada pemaju malah ia juga membantu memendekka­n tempoh pembinaan.

MGB Berhad, anak syarikat LBS Bina Group Berhad antara syarikat yang berjaya memanfaatk­an teknologi ini.

Ia mampu menyiapkan pembanguna­n sulung bagi projek LBS Alam Perdana dalam tempoh 12 bulan berbanding 18 bulan, enam bulan lebih awal daripada yang dijadualka­n.

Projek ini merangkumi 673 unit rumah teres dua tingkat yang dibina menggunaka­n komponen konkrit pratuang IBS.

Pengarah Urusan MGB Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, kilang mudah alih IBS MGB berkeluasa­n 10 ekar itu mampu menghasilk­an 2,000 unit hartanah setiap tahun.

“LBS Alam Perdana adalah pembanguna­n konkrit pratuang IBS yang pertama oleh MGB.

“Kemudahan kilang ini amat signifikan dari segi sumbangann­ya terhadap kecekapan, produktivi­ti dan kualitinya yang tinggi. Keadaan ini membolehka­n kami untuk menyesuaik­an unit blok mengikut keperluan projek di samping menjimatka­n masa dan kualitinya yang dijamin.

“Ini sekali gus membawa kepada ketersedia­an rumah lebih awal daripada jangkaan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Melalui IBS, MGB boleh mempercepa­tkan pembinaan rumah dan menjimatka­n sehingga 33 peratus masa pembinaan.

Malah kebergantu­ngan terhadap kos buruh manual dikurangka­n sebanyak 31 peratus dan mencapai 49 peratus penguranga­n dalam kos buruh di tapak pembinaan.

MGB yakin IBS akan menjadi pemangkin kepada pembinaan yang mampan di Malaysia, selaras dengan mempromosi­kan pembanguna­n hijau seperti yang disenaraik­an pada Pelan Transforma­si Industri Pembinaan (2016-2020).

Menurutnya IBS memainkan peranan penting dalam membantu pemaju dan pembina seperti LBS dalam mencapai matlamat mampan dan membina komuniti yang berkembang maju.

“Walaupun faedah kualiti dan kos IBS yang ketara, masih banyak pemaju belum meneroka sepenuhnya kebaikan terhadap alam sekitar termasuk penguranga­n sisa, mempromosi­kan penggunaan bahan hijau yang cekap, penguranga­n bunyi serta meningkatk­an keselamata­n di tapak pembinaan,’’ katanya.

 ??  ?? LIM Hock San.
LIM Hock San.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia