Harian Metro

Nadal bangkit, hidup peluang

Pamer aksi luar biasa kalahkan Medvedev

- Reuters

Rafael Nadal mempamer kebangkita­n luar biasa untuk mengalahka­n bintang Russia, Daniil Medvedev, sekali gus menghidupk­an peluangnya untuk layak ke pusingan akhir ATP.

Nadal menyelamat­kan mata penamat ketika ketinggala­n 1-5 di set penentuan sebelum menang 6-7(3) 6-3 7-6(4).

Pemain nombor satu dunia itu perlu menang ke atas pemain Greece, Stefanos Tsitsipas hari ini untuk melangkah ke separuh akhir. Tsitsipas, 21, pula menewaskan Alexander Zverev 6-3 6-2 pada pertemuan lebih awal.

Semalam, Nadal dilihat bakal tewas apabila Medvedev, 23, dua kali mematahkan servisnya di set penentuan dan faktor itu membuatkan dia semakin hampir untuk merakam kemenangan pertama ke atas bintang Sepanyol berkenaan.

Buat kali pertama, semangat juang Nadal dilihat lebur tetapi di hujung permainan, dia bangkit secara tiba-tiba tanpa mampu dikekang Medvedev.

Medvedev memegang servis pada kedudukan 5-2 serta 5-4 tetapi Nadal tidak menyerah mudah dan berbekalka­n sokongan padu peminat di Arena O2, dia tidak menoleh ke belakang untuk mengatasi lawannya itu.

Nadal tidak pernah memenangi gelaran Pusingan Akhir ATP dan kejuaraan itulah yang menjejaska­n catatan kariernya walaupun pernah menjulang Grand Slam sebanyak 19 kali, selain emas Olimpik.

Dia tewas di tangan juara bertahan dari Jerman, Zverev pada perlawanan pembukaan Isnin lalu dan jika tewas kepada Medvedev semalam, Nadal pasti tersingkir.

Bagaimanap­un, semangat juang yang dipamerkan­nya membolehka­n dia terus bersaing memburu tiket ke separuh akhir dengan hanya Tsitsipas yang masih menjadi penghalang untuknya.

 ??  ?? MEDVEDEV membalas pukulan Nadal.
NADAL tidak pernah memenangi gelaran Pusingan Akhir ATP.
MEDVEDEV membalas pukulan Nadal. NADAL tidak pernah memenangi gelaran Pusingan Akhir ATP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia