Harian Metro

Bantu bina tembok penahan

Lapan rumah terjejas selepas berlaku tanah runtuh di tebing Sungai Labuk

- Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my

Penduduk Kampung Tagas-Tagas di sini, mahu kerajaan membantu menangani segera isu runtuhan tanah yang dikhuatiri menjejaska­n lapan rumah termasuk rumah sarang burung di tebing sungai di kampung itu.

Difahamkan, sekurang-kurangnya enam keluarga tinggal di kawasan tebing sungai itu dengan runtuhan dipercayai bermula sejak petang Ahad lalu selepas hujan renyai.

Ketua Kampung Tagas-Tagas, Rahman Harry Diong berkata, kejadian itu menyebabka­n sebuah rumah terpaksa dibongkar, manakala sebuah rumah lagi dibongkar separuh kerana pemiliknya bimbang rumah jatuh ke sungai.

Jelasnya, setakat ini, cuma wakil daripada Jabatan Tanah dan Ukur yang melawat ke kampung itu selepas laporan dibuat dan mengarahka­n syarikat pengorek pasir menimbus batu dan pasir di tebing sungai itu.

“Wakil rakyat ada juga menghantar wakil untuk memantau keadaan runtuhan. Kami berharap wakil rakyat membantu kami termasuk menyediaka­n peruntukan bagi membolehka­n tembok penahan dibina dan mengelak runtuhan terus berlaku.

“Batu dan pasir yang ditimbus oleh syarikat pengorek pasir juga masih tidak mencukupi dan kami berharap ia ditambah sementara menunggu langkah penyelesai­an jangka panjang diambil,” katanya.

Kampung Tagas-Tagas, kira-kira 150 kilometer (km) dari Sandakan terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sugut.

Menceritak­an lebih lanjut, Rahman berkata, runtuhan tanah dipercayai berlaku susulan kedudukan kawasan penempatan itu yang terletak di bahagian tanjung Sungai Labuk, selain dipercayai akibat aktiviti mengorek pasir di kawasan berhampira­n.

Jelasnya lagi, aktiviti mengorek pasir berlaku sejak 2015 di kampung terbabit.

“Sekarang ada belahan tanah boleh dilihat di kolong rumah penduduk. Kami bimbang jika tiada tindakan drastik diambil, kejadian lebih teruk berlaku termasuk mendedahka­n bahaya kepada penduduk,” katanya.

 ??  ?? SYARIKAT pengorek pasir menimbus batu dan pasir pada tebing Sungai Labuk di Kampung Tagas-Tagas, Beluran selepas berlaku runtuhan tanah menyebabka­n rumah penduduk terjejas.
SYARIKAT pengorek pasir menimbus batu dan pasir pada tebing Sungai Labuk di Kampung Tagas-Tagas, Beluran selepas berlaku runtuhan tanah menyebabka­n rumah penduduk terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia