Harian Metro

Tentera lari tugas dalang geng samun

-

Taiping: Anggota tentera yang lari daripada tugas antara dua suspek kes samun digelar Geng Fahmi yang diberkas polis.

Mereka dipercayai terbabit beberapa kes samun dan menyamar sebagai anggota polis di tiga daerah.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, anggota tentera dikenali dengan panggilan Andy bersama rakannya, Emie Toyol masing-masing berusia 30-an, ditahan pihaknya dalam dua tangkapan berasingan pada 27 dan 31 Oktober lalu.

Menurutnya, kedua-dua suspek diburu kerana dipercayai terbabit 14 kes samun, menyamar anggota polis, pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Taiping, Kerian dan Tapah sejak awal tahun ini.

“Geng Fahmi terdiri daripada tiga ahli kumpulan dan dua daripadany­a ditahan, manakala dalang utama kumpulan itu dikenali sebagai Mohamad Fahmi Shaafie, 31, berasal dari Felda Ijok, Selama, masih bebas.

“Kami masih memburu suspek dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubung­i pihak polis”, katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, semalam.

Osman berkata, suspek pertama Emie Toyol ditahan jam 1 pagi, 27 Oktober lalu di Lorong Indah 1, Simpang, Perak. Susulan penangkapa­n itu pihaknya memberkas anggota tentera terbabit di Jalan Istana pada 31 Oktober lalu.

“Anggota tentera berkenaan berkhidmat di Taiping dan dipercayai lari daripada tugas sejak tiga bulan lalu.

“Hasil penahanan dua suspek berkenaan menemui gari, jaket berlogo PDRM, topi berlogo PDRM, tiga pisau berlainan saiz dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk menyamun seperti sarung muka, kuku kambing dan pemutar skru selain dadah heroin seberat tiga gram,” katanya.

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 170 dan 395/397 Kanun Keseksaan. Semakan mendapati kedua-dua suspek ada pelbagai rekod kesalahan lampau, manakala suspek utama ada 12 rekod kesalahan lampau.

 ??  ?? OSMAN (tengah) menunjukka­n gari dan foto Mohamad Fahmi (gambar kecil) yang menyamar anggota polis untuk menyamun.
OSMAN (tengah) menunjukka­n gari dan foto Mohamad Fahmi (gambar kecil) yang menyamar anggota polis untuk menyamun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia