Harian Metro

ALAMAK AKU TERTIPU!

Niat lelaki mahu cuci kereta bertukar malang apabila kenderaan dilarikan di pusat cuci kereta

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Niat seorang lelaki mahu mencuci kereta Proton Saga FLX bertukar tragedi apabila kenderaan miliknya dilarikan di sebuah pusat cuci kereta di Jalan Reko, kelmarin.

Mangsa, Muhammad Mukhlis Muhammad Rosli, 26, berkata, dia pergi ke premis bersendiri­an jam 10.40 malam dan melihat seorang lelaki duduk di kaunter dalam keadaan sebahagian lampu menyala.

“Saya sangka pusat cuci kereta itu masih dibuka kerana sebahagian lampu menyala, selain menyangka lelaki berkenaan adalah pekerja di premis terbabit.

“Lelaki terbabit segera menghampir­i kononnya mahu mencuci kereta itu selepas saya mengeluark­an barang berharga.

“Dia kemudian mengambil kunci daripada tangan saya dengan alasan untuk mengalih kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dia yang juga penuntut Kolej Universiti Islam Antarabang­sa

Selangor (KUIS) berkata, lelaki itu terus memandu keretanya keluar dari pusat cuci kereta terbabit.

“Selepas beberapa minit kelibat kereta masih tidak kelihatan, saya terus menghubung­i nombor telefon pemilik pusat cuci kereta itu yang terdapat pada banting di lokasi berkenaan. “Pemilik yang datang ke lokasi kemudian memaklumka­n pusat cuci kereta itu ditutup jam 8 malam (kelmarin) kerana hujan dan lelaki berkenaan bukan pekerjanya,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Katanya, lelaki yang melarikan keretanya itu meninggalk­an satu beg hitam mengandung­i rokok, sarung tangan dan pisau dipercayai miliknya di pusat cuci kereta terbabit.

“Saya tidak menyangka kereta boleh dicuri dalam keadaan sebegitu kerana kita selalunya akan rasa selamat bila tinggalkan kunci kereta pada pekerja pusat cuci kereta, namun ini pula terjadi.

“Cuma saya harap kejadian ini dapat dijadikan iktibar kepada pemilik pusat cuci kereta supaya meletakkan papan tanda tutup sekiranya tidak beroperasi bagi mengelakka­n kekeliruan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Usaha mengesan suspek giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.

 ??  ?? KERETA Proton Saga FLX milik Muhammad Mukhlis yang dilarikan seorang lelaki. Gambar kecil, beg hitam yang ditinggalk­an.
KERETA Proton Saga FLX milik Muhammad Mukhlis yang dilarikan seorang lelaki. Gambar kecil, beg hitam yang ditinggalk­an.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia