Harian Metro

Semua calon setuju isu permit rumah

-

Pontian: Keputusan mendapatka­n permit rumah ke rumah bukan dibuat pada pertengaha­n kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, sebaliknya dimulakan sejurus penamaan calon pada 2 November lalu.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ia mendapat persetujua­n semua wakil calon yang bertanding pada hari pertama kempen bermula.

“Ia (permit rumah ke rumah) tidak diperkenal pada pertengaha­n tempoh berkempen, sebaliknya sejurus tempoh kempen bermula.

“Apabila diperkenal­kan pada hari pertama berkempen, wakil calon berada di situ dan diberitahu (mengenai permit kempen) dan mereka tidak membantah,” katanya pada sidang media di Dewan Jubli Intan di sini, semalam.

Menurutnya, selepas itu ramai (parti) yang meminta, memohon permit terbabit dan permit itu dikeluarka­n polis.

Katanya, keputusan berhubung permit rumah ke rumah juga bukan diperkenal­kan SPR, sebaliknya diputuskan polis.

“Saya nak jelaskan keputusan (permit rumah ke rumah) bukan SPR, sebaliknya dibuat pihak polis.

“Apa saja urusan permit kuasa polis,” katanya sejurus membuat semakan peti undi dan agihan peralatan mengundi kepada ketua tempat mengundi.

Azhar Azizan berkata, dakwaan bahawa permit rumah ke rumah di pertengaha­n kempen adalah satu penipuan dan berniat jahat.

Katanya, beliau bersetuju dengan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bahawa permit rumah ke rumah tidak diperlukan.

Pada Selasa, SPR dilaporkan berkata, polis menetapkan semua parti dan calon bertanding dalam pilihan raya kecil perlu mendapat permit untuk berkempen dari rumah ke rumah.

 ??  ?? AZHAR Azizan
AZHAR Azizan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia