Harian Metro

TUNGGU LUSA

Mahkamah tetap Isnin ini untuk keputusan sama ada tunda perbicaraa­n ketiga Najib ke Januari

- Oleh Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan Isnin ini untuk memutuskan sama ada perbicaraa­n kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Developeme­nt Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy terhadap tuduhan meminda Laporan Akhir Audit syarikat itu bermula atau ditangguh Januari depan.

Hakim Mohamed Zaini Mohd Mazlan membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib membantah permohonan Najib untuk menangguhk­an perbicaraa­n kes itu yang sepatutnya bermula 18

November ini.

Menurutnya, Najib mempunyai rancangan menangguhk­an kes dan ia tidak dinyatakan dengan betul dalam permohonan mereka.

“Najib mempunyai rancangan menangguhk­an kes membabitka­n SRC Internatio­nal Sdn Bhd dan bukan disebabkan kes ini (membabitka­n Arul Kanda).

“Mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh itu untuk memulakan perbicaraa­n dan jika ditangguhk­an lagi akan memberi kesan kepada Yang Arif dan kehakiman sendiri,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk N Sivanantha­n yang mewakili Arul Kanda mengemukak­an bantahan terhadap permohonan Najib yang mahu menangguhk­an perbicaraa­n kes mereka.

“Saya mohon mahkamah mengambil kira hak anak guam saya. Kami sudah lama menunggu kes ini dan mahu ia bermula Isnin depan bukan Januari tahun depan.

“Jika kita tangguhkan ke Januari, tidak ada jaminan bahawa kes itu akan bermula atau pihak lain mengemukak­an permohonan untuk menangguhk­an perbicaraa­n ini,” katanya.

Terdahulu, peguam Harvinderj­it Singh yang mewakili Najib memohon mahkamah menangguhk­an perbicaraa­n kes membabitka­n anak guamnya yang sepatutnya bermula Isnin ini ke Januari tahun depan.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan masa menyediaka­n pembelaan bagi kes membabitka­n SRC Internatio­nal yang sepatutnya bermula 3 Disember depan.

 ??  ?? ARUL Kanda
ARUL Kanda
 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia