Harian Metro

KASIH SEHARI HADIATI

Ibu reda sempat susukan bayi meninggal dunia akibat komplikasi jantung selepas 24 jam dilahirkan

- Oleh Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro. com.my

“Terima kasih anak sebab sudi terima susu mak. InsyaAllah kamu kini berada di tempat yang lebih indah.”

Itu luahan Sapriani Saipul, 28, yang reda dengan pemergian anak sulungnya Rabu lalu, selepas sehari dilahirkan.

Menurut Sapriani, dia tidak menyangka terpaksa melalui episod sedih itu berikutan kandungann­ya berada dalam keadaan baik dan sihat sepanjang sembilan bulan lalu.

“Saya menjalani kehidupan seperti biasa sehingga saya mengalami sakit hendak bersalin selama tiga hari dan masih tiada bukaan untuk bersalin.

“Saya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Ahad lalu namun masih tiada bukaan untuk bersalin biarpun selepas doktor melakukan proses gesaan bersalin (induce).

“Akhirnya saya terpaksa akur untuk dibedah kerana doktor memaklumka­n jantung anak dalam keadaan lemah dan perlu diselamatk­an segera,” katanya.

Katanya, sebaik anak perempuann­ya yang diberi nama Hadiati itu dilahirkan, kesihatan bayi itu baik dan stabil.

“Selepas melahirkan anak, saya sempat beberapa kali menyusukan­nya dan menukar lampin pakai buang.

“Saya beranggapa­n semua sudah selesai dan anak sihat. “Namun, pada jam 10 malam anak tidak berhenti menangis dan dia dikejarkan ke unit kecemasan kerana jantungnya lemah.

“Sekali lagi saya diuji kerana nyawa anak saya dalam bahaya.

“Ternyata rezeki saya untuk mendakap anak dan memberinya kasih sayang hanya bertahan selama sehari,” katanya.

Hadiati meninggal dunia jam 5.30 pagi akibat komplikasi jantung selepas sehari dilahirkan dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang pada jam 12.30 tengah hari dengan bantuan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) pada hari yang sama.

Sapriani berkata, dia tidak dapat melupakan memori singkat bersama anak syurga itu biarpun terpaksa meneruskan kehidupan tanpa bayi di sisi.

Kisah pilu Sapriani turut tular di laman sosial selepas ia dimuat naik menerusi akaun Facebook UKVJ.

Kisah pilu Sapriani tular di laman sosial Facebook UKVJ

 ??  ??
 ??  ?? ARWAH Hadiati dicium ahli keluarga sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
ARWAH Hadiati dicium ahli keluarga sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia