Harian Metro

Kediaman pertama harga mampu milik

-

Ipoh: Pengunjung MyRumah Perak-Ku 2019 berpeluang memiliki kediaman pada harga mampu milik yang ditawarkan Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) pada pameran itu.

Kedua-dua agensi di bawah kerajaan Persekutua­n dan negeri itu yang kali pertama menyertai pameran anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), menerima sambutan hangat daripada pengunjung sepanjang dua hari pameran berlangsun­g.

Penolong Pengarah Unit Korporat JPN, Syed Mohd Zhubir Syed Zin berkata, JPN di bawah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyokong hasrat NSTP dalam membantu orang ramai memiliki kediaman.

Katanya, JPN mengikuti pameran ini sepanjang tahun ini bermula di MyTOWN di Cheras, Kuala Lumpur yang dirasmikan Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin dan melihat impaknya yang sangat besar dalam bidang hartanah.

Menurutnya, antara pakej menarik disediakan di gerai pameran JPN adalah produk khas di bawah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta khas untuk pembeli rumah pertama.

“Kerajaan menyediaka­n bantuan iaitu rebat sehingga RM30,000 bagi pembeli rumah pertama. Pembeli tidak perlu mengeluark­an deposit dan kerajaan memberi bantuan tanpa perlu bayaran balik.

“Di sini turut disediakan khidmat nasihat panduan membeli rumah dan setakat ini, ada tiga projek perumahan di bawah agensi di Melaka,” katanya.

Sementara itu, Pegawai

Eksekutif Pemasaran Hartanah LPHP, Sayed Muhammad Qusyairi Sayed Shariffudd­in berkata, pihaknya menyediaka­n peluang kepada pengunjung memohon Rumah Perakku.

“Pengunjung boleh memohon Rumah Perakku mengikut syarat ditetapkan dan mendengar penerangan daripada kakitangan kami mengenai syarat kelayakan memohon.

“Setakat dua hari belangsung, pameran kami bukan saja dikunjungi penduduk Ipoh malah pelbagai daerah lain termasuk Tanjung Malim,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG mendengar penerangan daripada kakitangan LPHP pada Pameran Hartanah MyRumah Perak-Ku@PIEX 2019.
PENGUNJUNG mendengar penerangan daripada kakitangan LPHP pada Pameran Hartanah MyRumah Perak-Ku@PIEX 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia