Harian Metro

NAK CARI DUIT ‘TEPI’

Penuntut kerja pasang batu nisan tak mahu susahkan keluarga tanggung pengajian

- Oleh Faliq Lajim faliqlajim@nstp.com.my

Penuntut universiti selalunya bekerja sambilan sebagai pembantu kedai, ejen dropship, penghantar makanan dan sebagainya bagi mencari wang tambahan, namun berbeza dengan tiga pemuda yang memilih kerja pembuatan serta pemasangan batu nisan dan kepuk.

Mereka adalah Muhammad Ashraf Ismail, 25, Haziq Aiman Muhammad Noor, 20 dan Muhammad

Muizzuddin Mazlan, 20, masih melanjutka­n pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal.

Selain mendapat upah yang berbaloi bagi mereka pekerjaan terbabit tanggungja­wab fardu kifayah di samping mencari rezeki.

Penuntut tahun akhir di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Melaka, Muhammad

Ashraf berkata, dia membuat kerja terbabit sejak tiga tahun lalu bagi menampung pengajian selepas bapanya meninggal dunia.

“Saya tidak mahu susahkan ibu dan juga ahli keluarga lain. Kami pula bukan datang daripada keluarga senang apabila saya tengok ada kerja kosong di syarikat Nisan Rich di Taman Kajang Sentral terus saya ambil.

“Pada mulanya, ibu kurang bersetuju, tetapi selepas terangkan kepada dia pekerjaan ini hanya pada waktu cuti semester dan Sabtu serta Ahad saja sekiranya tidak sibuk. Jadi dia setuju,” katanya.

Muhammad Ashraf mengakui pada mulanya dia sedikit takut melakukan kerja memasang batu nisan dan kepuk di kubur.

“Namun, apabila difikirkan kembali, nanti saya juga akan ditinggalk­an berseorang­an di dalam kubur apabila meninggal dunia.

“Kadang-kadang saya rasa ada orang usap di bahagian belakang saya selain terdengar orang bersiul. Namun saya hanya biarkan saja,” katanya yang berasal dari Semenyih dekat sini.

Bagi penuntut tahun dua Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhammad Muizzuddin berkata, dia mula membuat pekerjaan terbabit lebih setahun yang lalu.

“Saya anak bongsu dan ibu serta ayah pun masih bekerja termasuk empat adik beradik yang lain,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Ashraf (dua dari kiri) bersama rakan sekerjanya menunjukka­n batu nisan.
MUHAMMAD Ashraf (dua dari kiri) bersama rakan sekerjanya menunjukka­n batu nisan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia