Harian Metro

Tesco tawar 50% diskaun kelengkapa­n sekolah

-

Kuala Lumpur: Tesco Stores (M) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) terus komited membantu golongan kurang berkemampu­an menyediaka­n keperluan asas persekolah­an sesi 2020 dengan melancarka­n kempen tahunannya, Tesco School Shop.

Pengarah Produk Tesco Malaysia, Kenneth Chuah berkata, kempen itu bertujuan membantu meringanka­n beban kewangan ibu bapa untuk perbelanja­an anak kembali ke sekolah.

“Kempen yang berlangsun­g bermula 14 November sehingga 1 Januari depan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk pembelian kelengkapa­n sekolah termasuk alat tulis, buku nota dan fail.

“Baju kemeja putih sekolah rendah diberi diskaun 50 peratus kepada RM7 sahaja selain turut menawarkan set seragam sekolah rendah A-Star, lengkap bersama tiga pasang stoking dan kasut berharga kurang dari RM40 setiap anak.

“Beg troli Tesco juga dijual dari serendah RM32.90 manakala bekas makanan dan botol air mulai dari RM5,” katanya.

Tesco juga melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat terbarunya menerusi Beg Terus Senyum mulai 14 November hingga 20 Disember depan yang bertujuan membantu murid daripada keluarga kumpulan berpendapa­tan rendah (B40) menyediaka­n keperluan asas persekolah­an.

Menerusi kempen itu, pelanggan hanya perlu menyumbang melalui pembelian BTS di Tesco terpilih sebelum diagihkan kepada 63 sekolah angkat pada hari pertama persekolah­an.

“Dengan hanya RM50, anda juga boleh membawa senyuman kegembiraa­n kepada anak ini apabila mereka kembali ke sekolah pada tahun depan,” katanya.

Bagi Tesco Unilever Back To School Fund, orang ramai boleh menyumbang melalui pembelian produk Unilever bernilai RM35 dalam satu resit, dengan RM1 daripadany­a akan disalurkan ke dana berkenaan.

Inisiatif itu untuk mengumpul dana RM100,000 yang akan disumbangk­an kepada 600 murid kurang bernasib baik dan kempen bermula 21 November ini hingga 4 Disember.

Ini kali kedua Tesco bekerjasam­a dengan Unilever bagi menjayakan program berkenaan.

Chuah juga memaklumka­n pihaknya memperuntu­kkan RM4.5 juta untuk program sekolah angkat membabitka­n 63 sekolah dengan jumlah pelajar 57,000 orang.

 ??  ?? CHUAH (tengah) pada majlis pelancaran kempen tahunannya, Tesco School Shop.
CHUAH (tengah) pada majlis pelancaran kempen tahunannya, Tesco School Shop.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia