Harian Metro

UPM SEBAGAI AGENSI PENERAJU

Fakulti digesa bawa inisiatif baharu majukan bidang pertanian, makanan

- Mohdhilmie@hmetro.com.my

Universiti Putra Malaysia (UPM) perlu menjadi sebuah agensi peneraju dan rujukan dalam bidang pertanian di negara ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon berkata, meskipun universiti terbabit bukan hanya menawarkan pengajian dalam bidang pertanian, sejarah lampau universiti terbabit menjadikan­nya sinonim dengan bidang itu.

Menurutnya, sekarang mahupun masa depan, dunia memerlukan makanan dan kita perlukan sekuriti makanan, semuanya berkaitan dengan pertanian.

“Saya rasa fakulti terbabit bidang pertanian perlu tampil dengan idea baharu, konsep baharu dan inisiatif baharu untuk menjadikan Malaysia peneraju bidang pertanian dan makanan.

“Malah, suasana yang dapat kita lihat di kampung adalah tanah terbiar. Saya harap UPM melakukan satu kajian dan tampil dengan dapatan bagaimana kita nak mengubah pemikiran orang kampung untuk bercucuk tanam, sekali gus memperoleh pendapatan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesye­n ke-43

UPM 2019 di Bukit Ekspo, UPM, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor UPM Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris.

Beliau berkata, orang kampung terutama masyarakat Melayu mempunyai beberapa hektar tanah namun kebanyakan­nya terbiar dan ditumbuhi lalang berbanding dibangunka­n dengan pertanian yang mampu menghasilk­an pendapatan memuaskan.

Katanya, melalui cara ini juga UPM dapat menjadi pendahulu dalam bidang pertanian kerana tuan tanah yang kecil ini juga mampu menghasilk­an pendapatan yang tinggi sebagaiman­a pemilik ladang, namun memerlukan satu kaedah yang tersusun.

Sementara itu, Dr Aini berkata, program pada Ekspo Pertanian tahun ini khusus kepada agro-makanan merangkumi pertanian, hortikultu­r, ternakan dan akuakultur yang menjadi landskap UPM.

Pesta selama enam hari bermula semalam hingga 20 November itu menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik.

“Menggunaka­n tema Sekuriti Makanan dan Kesejahter­aan Rakyat, kita sedar sektor pertanian akan terus kekal penting dan relevan. Food Security bermakna bekalan makanan yang mencukupi untuk semua rakyat pada setiap masa,” katanya ketika berucap.

 ??  ??
 ??  ?? DR Ghauth (dua dari kanan) dan Dr Aini (tengah) melihat tanaman padi yang dipamerkan, semalam.
DR Ghauth (dua dari kanan) dan Dr Aini (tengah) melihat tanaman padi yang dipamerkan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia