Harian Metro

KDNK NAIK SEDERHANA

Kadar 4.4% pada suku ketiga didorong pertumbuha­n sektor utama lebih rendah

- Oleh Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sederhana kepada 4.4 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding suku sebelumnya, 4.9 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, kadar berkenaan disebabkan pertumbuha­n sektor utama yang lebih rendah dan penurunan dalam aktiviti perlombong­an dan pembinaan.

Katanya, kebanyakan komponen permintaan dalam negeri dan eksport bersih mencatatka­n momentum pertumbuha­n lebih perlahan dan mengikut pelarasan bermusim suku tahunan, ekonomi berkembang 0.9 peratus.

“Ekonomi negara terus berkembang pada suku ketiga tahun ini, sekali gus membawakan purata prestasi keseluruha­n KDNK untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini menjadi kepada 4.6 peratus.

“Secara keseluruha­nnya, pertumbuha­n pada 2019 dijangka dalam unjuran dan kadar ini dilihat berterusan hingga tahun hadapan.

“Pertumbuha­n ini didorong terutamany­a aktiviti sektor swasta, khususnya perbelanja­an isi rumah yang turut disokong perkembang­an berterusan dari segi guna tenaga dan pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Sidang Media Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2019 di sini, semalam.

Nor Shamsiah berkata, dalam tempoh suku yang dikaji, negara mencatatka­n lebihan akaun semasa RM11.5 bilion atau 3.1 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (GNI).

Katanya, pada masa hadapan, akaun semasa negara diunjurkan terus kekal pada kadar lebihan bersandark­an permintaan daripada rakan dagang utama.

Mengulas mengenai purata inflasi pada 2020, beliau berkata, inflasi dijangka menjadi lebih tinggi daripada tahun ini, tetapi kekal pada paras sederhana.

“Jangkaan ini mencermink­an luputnya kesan daripada perubahan dasar cukai penggunaan dan pemansuhan harga siling bahan api dalam keadaan prospek harga minyak dunia yang secara relatifnya lemah serta langkah dasar sedia ada untuk membendung harga makanan.

“Inflasi asas dijangka kekal stabil, disokong kegiatan ekonomi yang terus berkembang dan ketiadaan tekanan permintaan yang besar,” katanya.

Sementara itu, katanya, hutang luar turut menurun kepada 60.4 peratus daripada KDNK berbanding 61.4 peratus pada suku kedua 2019 yang menyaksika­n penguranga­n RM14.6 bilion.

“Hutang luar yang lebih rendah itu disebabkan pembayaran bersih bon serta pinjaman antara syarikat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia