Harian Metro

BERI PILIHAN

Portal airasia.com tawar tiket syarikat penerbanga­n lain

- Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Dalam usaha mentransfo­rmasi syarikat menjadi peneraju platform perjalanan dan gaya hidup, Kumpulan AirAsia melalui portal e-dagangnya, airasia.com kini mula menawarkan tiket syarikat penerbanga­n lain bagi memberi lebih banyak pilihan kepada penumpang.

Menyifatka­n portal berkenaan sebagai entiti berasingan daripada syarikat penerbanga­n tambang murah AirAsia, Ketua Pegawai Eksekutif

(CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kedua-dua jenama beroperasi secara berasingan.

“Untuk permulaan mungkin sukar mengasingk­an AirAsia dengan airasia.com kerana selama ini, setiap tempahan penerbanga­n AirAsia dilakukan di portal berkenaan.

“Namun, hari ini, kami melakukan perubahan dengan menawarkan lebih banyak pilihan penerbanga­n ke pelbagai destinasi melalui portal yang sama dan ia berfungsi sebagaiman­a platform e-dagang lain yang menawarkan pelbagai perkhidmat­an serta tidak terhad kepada tiket penerbanga­n saja,” katanya pada majlis pelancaran yang diadakan di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengedaran Penerbanga­n airasia.com, Rajiv Kumar dan CEO kiwi.com, Oliver Dlouhy.

Menurutnya, perkongsia­n strategik dilaksanak­an dengan kiwi.com itu bukan saja membuka peluang kepada airasia.com untuk menawarkan tiket penerbanga­n pada harga kompetitif, malah ia secara tidak langsung menambah ruang untuk kumpulan meluaskan rangkaian logistikny­a, Teleport selain sistem aplikasi kewanganny­a, BigPay.

“Ada banyak cara untuk bersaing. Walaupun ia sedikit janggal untuk mana-mana jenama syarikat penerbanga­n menawarkan tiket pesaingnya namun ia bukan perkara mustahil,” katanya.

Sempena pelancaran ini, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua ke Madrid dari Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta dan Sydney daripada hanya RM99.

Ia mula ditawarkan pada hari ini (16 November) bermula jam 9 pagi untuk perjalanan segera hingga 31 Mac 2020 menggunaka­n perkhidmat­an syarikat penerbanga­n berpangkal­an di Asia Barat.

 ?? FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR ?? TONY (tengah) pada majlis pelancaran perkongsia­n strategik bersama kiwi.com, semalam.
FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR TONY (tengah) pada majlis pelancaran perkongsia­n strategik bersama kiwi.com, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia