Harian Metro

ABANG LAWAN BUAYA

Sabtu 16.11.2019 Remaja 15 tahun baling batu selamat adik jadi santapan buaya

-

Seorang remaja lelaki berjaya menyelamat­kan adik perempuann­ya daripada menjadi santapan buaya dengan membaling batu ke arah reptilia itu yang kemudian melepaskan kaki mangsa dalam kejadian di Palawan, baru-baru ini.

Kejadian berlaku pada Jumaat minggu lalu ketika mangsa, Haina Lisa Jose Habi, 12, dan abangnya, Hashim, 15, berjalan di atas jambatan buluh menyeberan­gi sebatang sungai kecil.

Tiba-tiba seekor buaya sepanjang empat meter melompat keluar dari air dan membaham betis kanan Haina, lapor Daily Mail.

Haina berkata, dia terjerlus ke dalam lubang pada jambatan itu dan buaya itu cuba mengheretn­ya ke dalam sungai.

Menurut Haina, Hashim bertindak pantas dengan membaling batu ke arah buaya itu yang melepaskan kakinya, sebelum abangnya menariknya ke darat.

Kanak-kanak itu memberitah­u pegawai penyiasat dia ingat akan mati ketika diserang buaya itu.

“Buaya itu lebih besar dari saya. Malah, saya dapat lihat giginya. Saya sangat takut sampai menangis.

“Saya menjerit dan Hashim membantu saya dengan membaling batu sebelum mengheret saya ke tempat selamat. Saya sangat sayangkan abang, dia menyelamat­kan nyawa saya,” katanya.

Hashim memberitah­u dia menyeberan­gi jambatan itu dulu dan terlihat adiknya terjatuh sebelum ternampak kepala buaya yang membaham kaki Haina.

“Adik tergantung dari jambatan dan saya segera menariknya,” katanya.

Polis dalam satu kenyataan berkata, mangsa mengalami kecederaan dalam pada kaki kanannya, namun dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital.

Pihak berkuasa kini menjejaki buaya itu kerana bimbang ia akan menyerang lagi.

Sementara itu, jurucakap polis Leftenan Kolonel Socrates Faltado mengingatk­an penduduk berhati-hati apabila menyeberan­gi sungai.

“Buaya ini memang satu ancaman. Kanak-kanak berkenaan sangat bernasib baik kerana terselamat akibat keberanian abangnya,” katanya.

Saya menjerit dan Hashim membantu saya dengan membaling batu sebelum heret saya ke tempat selamat”

Haina

 ??  ?? MANGSA dalam keadaan stabil selepas diserang buaya ketika menyeberan­gi jambatan di Palawan.
MANGSA dalam keadaan stabil selepas diserang buaya ketika menyeberan­gi jambatan di Palawan.
 ??  ?? HAINA dihantar ke hospital selepas kakinya dibaham buaya.
HAINA dihantar ke hospital selepas kakinya dibaham buaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia