Harian Metro

‘SAKIT, SAKIT’

Budak 5 tahun yang maut didera ibu bapa merengek ketika dibawa ke hospital

-

“Anak saya merengek kesakitan dengan berkata ‘sakit, sakit’ ketika dalam perjalanan ke hospital,” kata Ridzuan Mega Abdul Rahman, 27, ketika memberi keterangan kepada polis terhadap kematian anaknya berusia lima tahun pada Oktober 2016.

Keterangan­nya itu dibacakan pegawai polis yang merekodkan keterangan­nya pada 27 Oktober 2016 di mahkamah di sini, semalam, ketika perbicaraa­n Ridzuan dan isterinya, Azlin Arujunah, 27, yang dituduh membunuh anak mereka.

Menurut laporan akhbar Straits Times, Azlin, dalam keterangan­nya kepada polis tiga hari selepas kematian anaknya itu berkata, dia tidak berniat membunuh mangsa.

“Bagaimana saya mampu membunuh budak? Tengoklah badan saya yang kecil ini,” katanya dalam kenyataann­ya kepada polis yang dibacakan di mahkamah pada hari ketiga perbicaraa­n semalam.

Dalam satu lagi kenyataan, wanita itu berkata: “Saya tiada niat mencurahka­n air panas ke atasnya jika dia berkelakua­n baik kepada saya.”

Azlin dan Ridzuan juga menghadapi beberapa tuduhan mendera, termasuk mengurung mangsa dalam sangkar kucing, mengepitny­a dengan ragum dan memukul mangsa dengan penyapu.

Antara 15 Oktober dan 22 Oktober 2016, pasangan itu mencurah air panas terhadap mangsa, sekurang-kurangnya empat kali dan ujian menunjukka­n kepanasan air itu 92.6 darjah Selsius.

Apabila budak itu rebah selepas deraan terakhir, mereka membawanya ke hospital, terlewat enam jam namun mangsa meninggal dunia pada pagi 23 Oktober. Azlin berkata, dia memukul anak lelakinya itu bagi mendisipli­nkannya.

“Jika saya berniat membunuhny­a, saya juga akan membunuh anak saya yang lain, namun mereka selamat dan saya tidak pukul mereka.

“Sebagai ibu, saya tidak sampai hati membunuh anak sendiri,” katanya.

“Sebagai ibu, saya tidak sampai hati membunuh anak sendiri Azlin

 ??  ?? AZLIN dan suaminya, Ridzuan. - Foto Facebook
AZLIN dan suaminya, Ridzuan. - Foto Facebook

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia