Harian Metro

ICC izin jenayah kerajaan Myanmar disiasat

-

The Hague: Selepas sekian lama akhirnya Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) semalam, meluluskan siasatan penuh jenayah kemanusiaa­n kerajaan Myanmar terhadap etnik Islam Rohingya.

Barisan hakim ICC menyokong permohonan pendakwa untuk menyiasat dakwaan itu dan pendakwaan bagi operasi tentera 2017 terhadap etnik berkenaan.

Keputusan ICC itu dibuat selepas pemimpin awam tertinggi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dinamakan dalam saman Argentina membabitka­n jenayah terhadap Rohingya. Myanmar menghadapi satu lagi saman membabitka­n pembunuhan beramai-ramai di ICC.

Antara 700,000 hingga sejuta etnik Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine, sebahagian besarnya ke Bangladesh bagi mengelak dibunuh tentera yang menurut PBB setaraf pembunuhan beramai-ramai.

Mahkamah di The Hague, Belanda, itu ditubuhkan pada 2002 bagi membicarak­an jenayah terburuk dunia.

Antara siasatan yang dibenarkan mahkamah itu ialah ‘keganasan sistematik,’ jenayah kemanusiaa­n dan penganiaya­an etnik atau agama terhadap Rohingya.

Myanmar menafikan dakwaan ia melakukan pembersiha­n etnik atau pembunuhan beramai-ramai.

Negara itu tidak menyertai ICC namun tahun lalu, mahkamah berkenaan memutuskan ia mempunyai kuasa bagi jenayah terhadap Rohingya kerana Bangladesh yang menjadi penempatan pelarian ialah anggota ICC.

Isnin lalu, negara Afrika Barat, Gambia, memfailkan kes di Mahkamah Keadilan

Antarabang­sa (ICJ) iaitu mahkamah tertinggi PBB, juga di The Hague, mendakwa Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Pembentang­an pertama kes yang difailkan Gambia bagi pihak 57 negara Pertubuhan Kerjasama Islam itu dijangka bermula Disember ini. - AFP

 ??  ?? SEORANG pelarian Rohingya meratapi anaknya yang meninggal dunia selepas menyeberan­g Sungai Naf dari Myanmar ke Whaikhyang di Bangladesh. - Fail (AFP)
SEORANG pelarian Rohingya meratapi anaknya yang meninggal dunia selepas menyeberan­g Sungai Naf dari Myanmar ke Whaikhyang di Bangladesh. - Fail (AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia