Harian Metro

PEMBUKA JALAN CHALEEDA

Rasa Begitu khusus untuk peminat Chaleeda di tanah air

- Oleh Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Nama penyanyi kacukan ThailandIn­ggeris, Chaleeda Gilbert mula meniti di bibir peminat tempatan menerusi single bahasa Inggeris pertamanya, Mind Over Matter dua tahun lalu.

Selepas kejayaan itu, Chaleeda muncul dengan single kedua berjudul Pretty Boy yang turut menduduki carta radio lagu Inggeris dan video muziknya mencecah 2.3 juta tontonan di YouTube.

Terbaru, Chaleeda mempertaru­hkan single solo bahasa Melaysia berjudul Rasa Begitu khusus buat peminatnya di sini.

Single solo kelimanya ini ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Alif.

Penyanyi berusia 18 itu mengakui teruja dapat mendendang­kan lagu Melayu buat pengikut setianya di Malaysia.

“Sudah dua tahun saya berulang-alik dari Bangkok ke Kuala Lumpur untuk membina nama di sini.

“Di harap Rasa Begitu jadi pembuka jalan untuk diri ini lebih dikenali,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan Aliff pula, Chaleeda berkata, dia selesa dengan komposer dan penulis lirik itu.

“Saya bersyukur kerana dapat bekerjasam­a dengan Alif kerana dia banyak berkongsi tip bagaimana mahu menjiwai lagu dengan baik.

“Saya juga minta bantuan pengurusan untuk menukar lirik Rasa Begitu dalam bahasa Inggeris agar mudah saya memahaminy­a.

“Proses rakaman single ini berjalan lancar Disember lalu,” katanya.

Ditanya kekuatan Rasa Begitu, kata Chaleeda, ia genre pop rancak dan susunan muziknya seiring dengan kehendak pendengar semasa, sekali gus sesuai didengar semua lapisan masyarakat.

“Rasa Begitu menceritak­an luahan hati seorang gadis yang dilanda konflik cinta dengan pasanganny­a.

“Gadis itu meyakinkan pasanganny­a bahawa dia seorang yang setia dan sudah tiada apa-apa perasaan dengan kekasih lamanya,” katanya.

Ditanya persaingan dengan artis tempatan pula, kata Chaleeda, dia tidak menganggap kehadirann­ya untuk bersaing dengan penyanyi sedia ada.

“Saya sangat berharap kehadiran diterima peminat tempatan dengan baik.

“Rasa Begitu sudah dilancarka­n ketika saya menyertai program Big Stage 2019.

“Saya sangat gembira kerana ia mendapat sambutan baik daripada peminat,” katanya.

Rasa Begitu edaran Rocketfuel Entertainm­ent boleh dimuat turun di iTunes dan panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomuni­kasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

BINTANGI DRAMA BERSIRI NETFLIX

Selepas program Big Stage 2019, Chaleeda mahu berehat seketika daripada menyertai program realiti TV tempatan.

Menurutnya, dia kini rancak menyusun karier di negara kelahirann­ya, Thailand.

“Selain lagu baru dalam bahasa Thai dan Inggeris, saya juga aktif berlakon di sana.

“Kalau boleh saya mahu karier nyanyian dan lakonan bergerak seiring kerana kedua-duanya saya minat.

“Apabila berlakon saya dapat meluahkan emosi menerusi karakter,” katanya.

Terbaru, gadis comel ini dilamar menjayakan watak heroin untuk drama bersiri saluran Netflix.

“Menerusi drama The Stranded, saya bawa watak utama. Ia drama dalam bahasa Thai.

“Mengisahka­n sekumpulan remaja yang terdampar di sebuah pulau selepas kejadian tsunami. Ia naskhah yang menarik dan saya sangat terharu apabila diberi peluang menjayakan drama ini,” katanya.

Menurut Chaleeda lagi, dia merancang untuk menetap di Kuala Lumpur sedikit masa lagi agar dapat fokus memantapka­n karier nyanyian di sini.

“Syukur, keluarga di Bangkok merestui hasrat saya untuk mengembang­kan karier seni di sini,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO AZIAH AZMEE ??
FOTO AZIAH AZMEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia