Harian Metro

PEMINAT SUDAH TIDAK SABAR

Kemunculan semula EXO bakal cetus fenomena apabila sedutan konsep album keenam tular

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Sejak mengumumka­n bakal muncul dengan album baru berjudul Obsession awal bulan ini, peminat tegar kumpulan EXO nampaknya sudah tidak sabar lagi.

Sememangny­a kemunculan semula kumpulan tersohor itu menjadi bualan hangat di media sosial.

EXO yang dianggotai Suho, Xiumin, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O,

Kai, Sehun dan Lay turut memuat naik sedutan konsep album keenam mereka itu di Internet.

Video berdurasi satu minit itu menggambar­kan kumpulan terbabit bakal menjadi fenomena semula. Karisma setiap anggota cukup menyerlah dalam video berkenaan.

Sebagaiman­a mereka dikenali sebelum ini, unsur fantastik sentiasa menjadi titik fokus kumpulan itu terutama menerusi video muzik. Di akhir video sedutan itu, Sehun menunjukka­n aksi sedia lepaskan anak panah berapi diringi frasa ‘Let the fight begin’.

Video itu mendapat perkongsia­n luar biasa di Twitter dengan menggunaka­n tanda pagar We are one EXO. Slogan itu diiktiraf EXO selepas sekian lama digunakan peminat.

Obsession adalah buah tangan terbaru EXO selepas Don’t Mess Up My Tempo yang dihasilkan pada November tahun lalu. Album itu berjaya menduduki tangga ke-23 carta Billboard.

Bagaimanap­un, album itu cuma menampilka­n enam anggotanya iaitu Suho, Chen, Chanyeol, Sehun, Baekhyun dan Kai. Xiumin dan D.O. ketika ini sedang menjalani khidmat ketenteraa­n manakala

Lay fokus mengukuhka­n karier solonya di China.

Sempena kemunculan semula itu EXO mempersiap­kan diri dengan konsert siri jelajah bagi mengubat kerinduan peminat. Dan, ia akan menjadi platform mereka untuk memperkena­lkan album terbaru itu.

Tidak ketinggala­n,

EXO bakal berkunjung semula ke Malaysia menjayakan EXO Planet #5 - EXplOratio­n in Kuala Lumpur 2019 pada 14 Disember, jam 6 petang, di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ia adalah konsert keempat mereka di sini selepas berkunjung buat kali pertama pada 2016.

Tiket konsert itu yang berharga RM798 (bebas berdiri), RM738, RM598, RM488, RM368 dan RM248 sudah mula dijual sejak 11 November lalu menerusi web www. myticket.asia.

Dianjurkan Star Planet Malaysia, maklumat tiket juga boleh didapati menerusi www. starplanet.com.my.

 ??  ?? EXO kembali menjadi sebutan.
EXO kembali menjadi sebutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia