Harian Metro

CUNGKIL POTENSI BELIA OKU

Kem tiga hari di PLPP Sungai Merab, Bangi bantu bina keyakinan diri

- Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Golongan orang kelainan upaya (OKU) di negara ini turut berperanan menyumbang kepada kemajuan dan pembanguna­n ekonomi negara malah dengan kemudahan yang sentiasa dipertingk­atkan oleh kerajaan dan pihak berwajib, mereka kini semakin cenderung mencipta pelbagai kejayaan dari segi akademik dan profesiona­l.

Bagaimanap­un, masih ramai yang kurang jelas dengan kemampuan mereka sebagai pemimpin atau pembuat keputusan, maka sejak usia belia lagi seharusnya golongan ini didedahkan kepada pelbagai program kepemimpin­an dan jati diri bagi membina keyakinan diri untuk bersaing di pasaran pekerjaan mahupun kepemimpin­an.

Atas inisiatif itu,

Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS) barubaru ini menganjurk­an

Kem Kepimpinan dan Transforma­si Belia OKU Selangor 2019, bertujuan memberikan latihan kepemimpin­an dan pembanguna­n belia OKU.

Latihan ini membolehka­n belia

OKU memiliki ciri-ciri kepemimpin­an unggul dan mampu berperanan sebagai ‘advokator’ belia yang berkesan dalam masyarakat.

Kem yang berlangsun­g selama tiga hari bermula 8 November lalu di Pusat Latihan Perindustr­ian dan Pemulihan (PLPP) Sungai Merab, Bangi itu disertai 30 belia OKU Selangor berusia antara 18 hingga 30 tahun terdiri daripada kategori OKU pendengara­n, penglihata­n, fizikal, intelektua­l, kerdil, mental dan OKU pelbagai.

Peserta, Nur Syazalina Radzuan, 24, berkata, menerusi program itu dia dapat belajar banyak perkara terutama bagaimana membina keyakinan diri dan peranan yang boleh disumbangk­an belia sepertinya.

Tambahnya, selain dapat berkenalan dengan ramai OKU dengan latar belakang berbeza, banyak yang boleh dipelajari daripada pengalaman masingmasi­ng dalam kehidupan.

“Kem ini juga mencungkil potensi diri kami yang selama ini banyak terbeban dengan perspektif orang ramai bahawa OKU tidak boleh berbuat apa-apa sedangkan kita tahu golongan seperti kami juga mampu menyumbang kepada negara dengan latihan dan galakan yang mencukupi,” katanya.

Pelajar Ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengalami palsi serebrum sejak lahir itu berkata, sudah tiba masa masyarakat percaya golongan OKU juga ada peranan dan mampu memberi, bukan hanya dianggap penerima (bantuan) sahaja.

Peserta, Abbas Thaqif Mohd Nizam, 19, berkata, kem itu adalah program pertama membabitka­n OKU yang disertainy­a namun memberinya pengetahua­n lebih jelas terhadap hala tuju dan matlamat hidupnya.

Pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, melihat rakan OKU yang lebih senior dengan pelbagai kelainan, tapi amat cemerlang dalam bidang masing-masing membuat dia lebih bersemanga­t untuk berjaya meskipun memiliki kekurangan fizikal.

“Ini kali pertama saya berjauhan daripada keluarga apabila masuk asrama dan perlu belajar berdikari. Program ini membuatkan saya lebih berkeyakin­an selepas bergaul dengan ramai rakan OKU yang positif, malah ada dalam kalangan mereka mengalami kesukaran dari segi fizikal yang jauh lebih teruk daripada saya.

“Peluang mengenali mereka adalah pengalaman berharga kerana di universiti saya bergaul dengan rakan yang bukan OKU, memang saya terasa diri ini serba kekurangan.

“Pengajaran terbaik di sini apabila kami didedahkan bagaimana golongan OKU boleh menyumbang kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Sementara itu,

Ahli Majlis MTOS Faiz Shuhaimi berkata, usaha memperkasa­kan golongan belia dinyatakan secara jelas di bawah matlamat kedua Dasar Belia Malaysia (DBM) iaitu menyerlahk­an potensi setiap individu belia dengan meraikan kepelbagai­an dan kelainan masing-masing.

Katanya, ia menjadi tanggungja­wab pihaknya untuk memperkasa­kan golongan belia, terutama bagi segmen belia OKU dan untuk itu, perancanga­n tersusun dan berterusan dari setiap pihak adalah perlu bagi memastikan pembanguna­n belia OKU dapat dilaksanak­an secara berkesan.

Pemantapan aspek kepimpinan dan pemerkasaa­n potensi modal insan dalam kalangan belia OKU berkaitan isu ketidakupa­yaan, peranan ke arah memperkasa­kan komuniti OKU dan meningkatk­an kesedaran masyarakat terhadap komuniti OKU di Malaysia terutama di negeri Selangor.

“Selain kefahaman mendalam berkenaan isu OKU, kem ini juga melatih kelompok belia OKU sebagai ejen ke arah pemerkasaa­n kesedaran masyarakat dan menggerakk­an program pembanguna­n belia OKU secara berterusan terutama di Selangor.

“Selepas program ini, kohort kepemimpin­an belia OKU akan bertindak selaku penggerak kepada inisiatif Peduli OKU dan program pencaknaan OKU di bawah seliaan MTOS dan dengan kerjasama pelbagai agensi belia berkaitan seperti Majlis Belia

Malaysia dan badan bukan kerajaan lain,” katanya.

 ?? FOTO KHAIRUL AZHAR ?? DR Siti Mariah (tengah) bersama peserta.
FOTO KHAIRUL AZHAR DR Siti Mariah (tengah) bersama peserta.
 ??  ?? EXCO Jawatankua­sa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdaya­an Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud (dua dari kanan) dan Faiz (kiri) pada majlis penutup kem.
EXCO Jawatankua­sa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdaya­an Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud (dua dari kanan) dan Faiz (kiri) pada majlis penutup kem.
 ??  ?? ABBAS Thaqif
ABBAS Thaqif
 ??  ?? NUR Syazalina
NUR Syazalina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia