Harian Metro

ALGERIA KENDURI GOL

Bounedjah ledak dua gol bantu pasukan

- Reuters

Algeria membelasah Zambia 5-0 pada penampilan pertama selaku juara bertahan di kempen Kelayakan Piala Negara Afrika 2021.

Baghdad Bounedjah (gambar) meledak dua gol termasuk satu menerusi penalti sambil Ramy Bensebaini, Youssef

Belaili dan pemain gantian, El Arabi Hilal Soudani melengkapk­an prestasi mengagumka­n Algeria di depan penyokong sendiri di Blida.

Sementara itu, rembatan jarak jauh Thomas Partey memberikan pendahulua­n buat Ghana dan pemain remaja, Mohammed Kudus, 19, melengkapk­an kemenangan 2-0 pasukannya ke atas Afrika Selatan di Cape Coast tetapi Mesir yang bergelar tuan rumah tahun ini, diikat 1-1 oleh Kenya.

Ketiadaan Mohamed Salah akibat kecederaan buku lali menjejaska­n rentak serangan Mesir dan walaupun mereka mendahului menerusi Mahmoud Kahraba, kelebihan itu gagal dipertahan­kan.

Michael Olunga menutup mulut penyokong Mesir di Alexandria apabila menyamakan kedudukan buat Kenya pada minit ke-67.

Pierre-Emerick Aubameyang mengetuai Gabon yang sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Republik Demokratik Congo di Kinshasa, manakala Mali gagal mempertaha­nkan kelebihan dua gol dan terikat 2-2 dengan Guinea - aksi di mana Naby Keita menjaringk­an gol pertamanya buat skuad kebangsaan.

Skuad Kepulauan Comoros yang menjadi anggota gabungan FIFA pada 2005, melakar kemenangan pertama di peringkat antarabang­sa apabila Faiz Selemani menjaringk­an gol pada babak kedua untuk menewaskan Togo 1-0 di Lome.

Pasukan di Lautan Hindi itu akan melayan kunjungan Mesir dalam aksi Kumpulan G, Selasa nanti.

Mozambique menewaskan Rwanda 2-0 di laman sendiri dalam satu lagi perlawanan.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir yang dilangsung­kan di Cameroon pada 2021.

Soudani lengkapkan prestasi mengagumka­n

Algeria

 ??  ?? PEMAIN Algeria, Riyad Mahrez (kiri) diasak pemain Zambia, Salulani Phiri (dua dari kiri) pada perlawanan, semalam.
PEMAIN Algeria, Riyad Mahrez (kiri) diasak pemain Zambia, Salulani Phiri (dua dari kiri) pada perlawanan, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia