Harian Metro

‘PRESTASI DI TAHAP BAIK’

Pasukan ragbi wanita tujuh sepasukan negara tekad cemerlang di Manila

- Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

Tidak diletakkan harapan tinggi, namun pasukan ragbi wanita tujuh sepasukan (7’s) negara bertekad cemerlang dengan menyasarka­n pingat perak di Sukan SEA Manila, Filipina.

Ia sasaran relevan jika mengambil kira prestasi semasa skuad kendalian Nik Safuan

Ismade Nik Man yang kekal bersaing pada siri Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Wanita Asia (ARWSS) 2019.

Ketua pasukan, Rozliana Muhd Ridwan berkata, skuad itu meraih pengalaman amat berharga meskipun sekadar menduduki tempat ketujuh pada tiga siri ARWSS 2019 di Korea Selatan, China dan Sri Lanka.

“Prestasi kami di tahap baik ketika ini. Setiap hari kami cuba tingkatkan prestasi dan memperbaik­i kelemahan untuk persiapan ke Sukan SEA.

“Bagi saya, kami mendapat banyak pengalaman beraksi menentang pasukan lebih berprestas­i tinggi seperti Jepun, China, Hong Kong, Kazakhstan, Thailand dan Sri Lanka.

“Mereka bermain dengan pantas serta agresif dan kami memberi saingan untuk kekalkan kedudukan. Insya-Allah tahun depan kami cuba baiki lagi,” katanya.

Menurutnya, ketua jurulatih ketika ini memberikan penekanan terhadap aspek kecergasan dan kepantasan dalam latihan bagi memantapka­n lagi pasukan.

“Sebelum ini memang ada peningkata­n, tapi perlu ditingkatk­an lagi. Bagi perlawanan ragbi tujuh sebelah ini, kelajuan paling penting walaupun dari segi fizikal kita memang kurang berbanding pasukan lawan,” katanya.

Pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, skuad wanita meraih pingat gangsa menewaskan

Filipina, 7-5 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, Rozliana berkata, mereka menaruh harapan dan optimis

Maslina Ahmad Ismail dapat pulih daripada kecederaan patah tulang febula kaki kanan dan kembali bersama pasukan ke Sukan SEA 2019.

“Memang cabaran bagi pasukan apabila Maslina yang juga antara tonggak cedera, tapi kami tetap dengan matlamat untuk membaiki pencapaian pingat gangsa di Sukan SEA, Kuala Lumpur.

“Jadi walaupun dia terlepas latihan untuk beberapa minggu, kami masih harap Maslina dapat kembali dalam pasukan dan buat lebih baik.

Maslina, 33, patah tulang febula kaki kanan ketika menumpaska­n Singapura dalam perlawanan kedua Siri 3 ARWSS 2019 di Sri Lanka pada 28 September lalu.

Skuad wanita raih pingat gangsa pada Sukan SEA Kuala

Lumpur 2017

 ??  ?? ROZLIANA (kiri) dan Shania Suinani Baduk ketika sesi latihan bagi persiapan ke Sukan SEA
di Filipina.
ROZLIANA (kiri) dan Shania Suinani Baduk ketika sesi latihan bagi persiapan ke Sukan SEA di Filipina.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia