Harian Metro

Atlet sukan berhalanga­n optimis bawa pulang emas

-

Kuala Lumpur: Biarpun sukan berhalanga­n pertama kali dipertandi­ngkan dalam Sukan SEA 2019, Malaysia diletakkan antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas.

Sebanyak enam kategori dipertandi­ngkan bagi lelaki dan wanita iaitu 100 meter (m), 400m, 4 x 100m dan lima kilometer dengan acara berlangsun­g di Filinvest City, Muntinlupa, Metro Manila.

Pengurus pasukan, Andrew Chiu memberitah­u, sasaran enam pingat ditetapkan dengan tiga daripadany­a pingat emas iaitu acara lima kilometer, 100m lelaki dan acara berpasukan.

Katanya, sasaran itu relevan melihat kepada pencapaian semasa atlet negara ketika ini dengan sandaran utama kepada atlet sukan ekstrem, Mohd Redha Rozlan atau lebih dikenali ‘Mat Redho’.

“Untuk sukan ini, saingan terkuat adalah Filipina untuk dapat pingat emas atau perak. Ini tidak bermaksud negara lain tidak kompetitif, tapi tak setanding atlet kita seperti Mat Redho dan Mohd Saddam Mohd Pittli,” katanya.

Menurutnya, persiapan atlet negara berjalan lancar dan berterima kasih kepada Institut Sukan Negara atas kemudahan latihan diberikan.

Sementara itu, Mat Redho dan Mohd Saddam berkata, mereka amat berjaga-jaga dalam latihan termasuk tidak menyertai perlumbaan Spartan di Johor, bulan ini bagi mengelak kecederaan yang boleh memadam peluang ke Sukan SEA.

Mohd Saddam menduduki tempat kedua ketika menyertai perlumbaan spartan sprint, 5 kilometer (km) dan spartan beast 21 km yang disertai di Sarawak sebagai sesi latihan mengekalka­n prestasi.

Menurutnya, strategi Filipina tidak menghantar atlet ke perlumbaan Spartan di

Ini tidak bermaksud negara lain tidak kompetitif, tapi tak setanding atlet kita seperti Mat Redho dan Mohd Saddam Mohd Pittli”

Andrew Chiu

Sarawak menunjukka­n mereka fokus untuk memenangi pingat emas.

“Saya sedar tiada atlet Filipina di Sarawak, maknanya mereka sangat fokus latihan untuk Sukan SEA. Kelebihan pada atlet tuan rumah yang berlatih dengan pelbagai bentuk halangan sejak awal tahun. Namun, kami yakin untuk meraih pingat emas atau sekurang-kurangnya perak,” katanya.

Atlet wanita, Tan Jie Yi, atau mesra disapa ‘Tobee’ pula mengakui debaran membawa nama negara di temasya dwitahunan itu.

Katanya, dia baharu setahun berjinak dalam sukan berhalanga­n kerana sebelum ini menumpukan kepada larian maraton dan sukan memanjat tembok batu.

“Memang ada tekanan kerana ini pertanding­an besar, sebelum ini masuk suka-suka saja dan sekarang bawa nama Malaysia.

“Ia suatu yang istimewa dapat mewakili negara dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memenangi pingat,” katanya yang menjuarai kategori terbuka di perlumbaan Spartan Sarawak.

 ??  ?? MAT Redho (kanan) dan Hui Teng mahu genggam emas.
MAT Redho (kanan) dan Hui Teng mahu genggam emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia