Harian Metro

TIGA LAGI DIDAKWA

- Oleh Abdul Rahemang Taiming am@hmetro.com.my

Tiga lagi suspek didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, berhubung kes pembunuhan seekor gajah Pygmy Borneo yang ditemui mati akibat ditembak di hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, 23 September lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, Paranchoi Nordin, 59, Abdullah Simin, 68, dan Martin Alok, 44, bagaimanap­un masing-masing tidak mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara serentak di hadapan hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa dengan niat memiliki atau bersubahat memiliki dua potong disyaki gading gajah yang juga hasil haiwan daripada spesies Borneo

Elephant (Elephas maximus borneensis) Gajah Borneo iaitu suatu hasil haiwan daripada spesies haiwan yang dilindungi sepenuhnya sepertiman­a disenaraik­an dalam Bahagian 1 Jadual 1, Nombor 11 Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri yang bertindak atas nasihat Pengarah.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Felda Umas 4 dan Kampung Felda Umas, Kalabakan, dekat sini antara jam 12.20 tengah malam hingga 12.30 tengah hari 2 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 41(4)(a) Enakmen yang sama dan dibacakan bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih

RM250,000 atau penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Syarifuddi­n Abdul Rasa dan dibantu peguam dari Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Abdul Karim Dakog manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Awang Kerisnada kemudian menetapkan 16 Disember depan sebagai tarikh pengurusan kes.

Sebelum ini, Paranchoi dan Abdullah ketika ini masing-masing menjalani hukuman penjara dua tahun selepas mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960, pada 22 Oktober lalu.

Martin (tertuduh ketiga) yang menjalani hukuman penjara dua bulan dan dua sebatan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 diperintah­kan ditahan semula mengikut Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selepas selesai menjalani hukuman 27 November ini.

Didakwa mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar

 ??  ?? GAJAH yang ditemui mati di Sungai Udin.
GAJAH yang ditemui mati di Sungai Udin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia