Harian Metro

KINI MERIAH

Tawar pakej pelanconga­n inap desa kepada pengunjung

- Oleh Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

Air sungai nan jernih ditambah pemandanga­n indah di sepanjang Sungai Kibunut menyebabka­n Kampung Kibunut antara lokasi menarik di Penampang untuk dikunjungi orang ramai.

Diusahakan sejak empat tahun lalu sebagai salah satu kawasan kampung yang menawarkan pakej pelanconga­n termasuk inap desa, kini Kampung Kibunut sering dijadikan sebagai lokasi pengunjung beriadah terutama pada hujung minggu.

Pengerusi Persatuan Pelanconga­n, Homestay dan Produk Kampung Kibunut, Daria Madating berkata, inap desa di kampung itu diusahakan dengan kerjasama penduduk kampung terutama mereka yang mengusahak­an inap desa.

“Ada sembilan pengusaha inap desa di Kampung Kibunut dan masing-masing menawarkan pelbagai pakej kepada pengunjung yang berkunjung ke kampung antaranya inap desa untuk penginapan pengunjung, disediakan makanan tradisiona­l Kadazandus­un dan kemudahan bagi mereka yang ingin mengadakan aktiviti riadah di Kampung Kibunut.

“Ini hasil kerjasama daripada penduduk yang terbabit mengusahak­an produk di kampung kami dan kami di sini sedia menerima pengunjung dari luar atau dalam negara,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Katanya, walaupun Sungai Kibunut dijadikan sebagai produk utama kampung mereka namun bagi menjaga kelestaria­n alam sekitar, beberapa perkara tidak dibenarkan ketika beriadah atau menginap di kawasan itu.

“Kami mempunyai sungai yang ditagal (tidak dibenarkan untuk menangkap ikan) dan dari segi keselamata­n juga amat diambil berat,” katanya.

Daria berkata, dengan kadar bayaran masuk serendah RM2, pengunjung boleh melakukan aktiviti riadah seperti mandi di sungai, melakukan aktivti keluarga atau majlis perkahwina­n di kawasan berkenaan.

 ??  ?? SUNGAI Kibunut berpotensi menjadi tarikan utama pengunjung beriadah di Kampung Kibunut, Penampang.
SUNGAI Kibunut berpotensi menjadi tarikan utama pengunjung beriadah di Kampung Kibunut, Penampang.
 ??  ?? DARIA menunjukka­n pemandanga­n Sungai Kibunut.
DARIA menunjukka­n pemandanga­n Sungai Kibunut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia