Harian Metro

Tarikan Teluk Marudu

-

Kota Kinabalu: Teluk Marudu di Kota Marudu berpotensi untuk dibangunka­n sebagai produk pelanconga­n utama khususnya di utara Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew mencadangk­an satu jawatankua­sa kerja ditubuhkan untuk menilai cadangan dan menyediaka­n kertas kerja mengenai cara yang terbaik membangunk­an kawasan berkenaan.

Ia penting sebelum cadangan itu dikemukaka­n kepada kerajaan negeri untuk dipertimba­ngkan.

“Teluk Marudu berpotensi dibangunka­n sebagai produk pelanconga­n di negeri ini kerana ia kaya dengan kepelbagai­an bio selain sebahagian daripada Taman Marin Tun Mustapha,” katanya.

Beliau membuat cadangan itu ketika menerima kunjungan hormat daripada Jawatankua­sa Penganjur Festival Kota Marudu yang diketuai Pegawai Daerah Kota Marudu, Arnold Joibi.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementeria­n, Datuk William Baya.

Teluk Marudu, di Kota Marudu yang terletak di utara Sabah terkenal kerana keunikan sumber laut dan pesisir pantai yang kaya dengan pelbagai sumber marin.

Sempena kunjungan hormat itu, Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri turut diberi taklimat oleh Arnold mengenai Festival Kota Marudu atau sebelum ini dikenali sebagai Pesta Jagung.

Arnold berkata, pihaknya menyasarka­n 10,000 orang termasuk pelancong akan menghadiri festival dua hari bermula 30 November ini.

“Festival ini adalah acara tahunan yang dimasukkan dalam kalender Lembaga Pelanconga­n Sabah,” katanya.

Keunikan sumber laut dan pesisir pantai yang kaya dengan

sumber marin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia