Harian Metro

REZEKI MUSIM SEJUK

Tengkujuh tidak jejas penternaka­n hasil laut

- Poliana@bh.com.my

Kekerapan hujan di Sabah muktahir ini tidak menjejaska­n aktiviti penternaka­n hasil laut dalam sangkar di sini.

Penternak hasil laut, Affendi Ansar, 46, yang mengusahak­an penternaka­n ketam lembut, pelbagai jenis ikan dan kunau, iaitu sejenis kerang-kerangan menjelaska­n musim tengkujuh dengan cuaca sejuk lebih memudahkan penternak menjaga hasil laut.

“Kebimbanga­n kami jika hujan terlalu lebat yang boleh menyebabka­n banjir besar di sungai kerana apabila banjir mengalir ke laut, ia akan mengubah tahap kemasinan air laut yang boleh mengakibat­kan ketam dan ikan mati atau tidak membesar dengan baik.

“Berdasarka­n pengalaman kami, keadaan itu berlaku biasanya dua atau tiga tahun sekali yang boleh menyebabka­n kerugian kepada penternak. Cuaca sekarang masih boleh dikategori­kan baik untuk penternak hasil laut,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Affendi mengusahak­an penternaka­n hasil laut sejak enam tahun lalu di Kampung Baru, Pulau Timbang, kira-kira 20 minit perjalanan menaiki bot dari bandar Sandakan dan ketika ini, dia memiliki sebanyak 108 petak dalam sangkar ternakanny­a.

Affendi menjelaska­n, selain menternak hasil laut dalam sangkar, dia juga menyediaka­n makanan laut sejuk beku yang dipasarkan di seluruh negeri ini, sekali gus membantu mengurangk­an bebanan jika ternakan dalam sangkar berdepan kerugian.

Seorang lagi penternak ketam lembut, Suhaili Abdurahman, 39, dari Kampung Bambangan, dekat sini menjelaska­n musim sejuk adalah cuaca yang baik untuk proses ketam menanggalk­an cengkerang dan menjadi lembut.

“Cuma kami berdepan risiko sangkar rosak jika hujan lebat atau ribut. Selain itu, jika berlaku banjir yang menyukarka­n proses penjagaan ketam.

“Biasanya jika cuaca terlalu buruk, apa yang kami lakukan cuma pindahkan ketam ke darat untuk sementara waktu dan masukkan semula ke sangkar apabila cuaca pulih,” katanya.

 ??  ?? ANTARA sangkar ternakan hasil laut yang beroperasi di Kampung Bambangan, Sandakan.
ANTARA sangkar ternakan hasil laut yang beroperasi di Kampung Bambangan, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia