Harian Metro

600 hadiri Kongres Perubatan Tropika

-

Sibu: Jumlah kes jangkitan dan kematian penyakit yang boleh diimunisas­ikan di Sarawak menunjukka­n penurunan ketara semenjak dua dekad lalu.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berkata penurunan kes jangkitan penyakit itu disumbang oleh sistem pemantauan dan liputan program imunisasi yang baik selain dibantu oleh akses kepada fasiliti kesihatan yang baik di negeri ini.

“Kita juga mempunyai masalah dan kejayaan tersendiri dalam menangani penyakit berjangkit contohnya wabak Malaria di beberapa kawasan di negeri ini yang menular disumbang oleh keadaan sempadan Sarawak-Kalimantan yang luas.”

“Namun kegigihan dan kebijaksan­aan Jabatan Kesihatan Sarawak akhirnya berjaya menangani penyakit itu dan kita sedang dalam landasan betul ke arah pencapaian penghapusa­n Malaria menjelang 2020,” katanya.

Beliau menyampaik­an ucaptama di Majlis Perasmian Kongres Antarabang­sa Perubatan Tropika anjuran Belt and Road Tropical Medicine Alliance (BRTMA) and Universiti SEGi yang diadakan di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr

Sim Kui Hian.

Kerajaan Sarawak juga jelasnya, sedang bekerja keras meningkatk­an kualiti penjagaan kesihatan di negeri ini dengan menyediaka­n sebarang bantuan diperlukan.

“Ini bagi memastikan keperluan rakyat negeri ini dapat dipenuhi walaupun sektor perubatan di bawah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Canselor Universiti SEGi, Dr Patrick Kee berkata kongres tiga hari bertemakan Menghapusk­an Penyakit Berjangkit melalui penyelidik­an, Inovasi dan Strategi Efektif ini dihadiri lebih 600 peserta dari pelbagai industri.

 ??  ?? DR Sim meninjau tapak pameran yang dibuka sempena Kongres Perubatan Tropika di Sibu.
DR Sim meninjau tapak pameran yang dibuka sempena Kongres Perubatan Tropika di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia