Harian Metro

PENENTUAN HARI INI

PDRM tutup tiga jalan utama pastikan proses undian lancar

- Oleh Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Seramai 1,341 pegawai dan anggota polis digerakkan untuk menjaga keselamata­n dan lalu lintas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian Superinten­dan Mustafa Bakri Salleh berkata, ia bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

“Pegawai dan anggota berkenaan merangkumi semua jabatan seperti bahagian jenayah, trafik dan cawangan khas.

“Mereka akan memastikan PRK Tanjung Piai berjalan lancar,” katanya pada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini, semalam.

Beliau berkata, tiga jalan utama iaitu Jalan Osman, Jalan Ismail dan Jalan Dewan ditutup hari ini bagi membolehka­n proses penjumlaha­n undi dilaksanak­an dengan teratur.

“Sebagai alternatif, pengguna boleh guna Jalan Al-Sagoff, Jalan Bakek dan Jalan

Parit Mesjid bermula jam 8 pagi hingga keputusan PRK diumumkan,” katanya.

Beliau turut menasihati semua penyokong calon bertanding supaya mengikut peraturan ditetapkan selain tidak menimbulka­n gangguan.

“Ia bagi memastikan proses demokrasi berjalan lancar,” katanya.

Pada masa sama, katasidang nya, 35 laporan polis diterima sepanjang tempoh penamaan calon hingga petang semalam.

“Lima kertas siasatan dibuka dengan tiga disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dua di bawah Seksyen 4 A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Terbaharu, satu kes membabitka­n gegantung berunsur provokasi diterima dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 A(1) Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Sebanyak 879 permit diberikan kepada pihak bertanding membabitka­n 391 permit kepada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan 122 permit, Gerakan 123 permit, Berjasa 111 permit dan 14 untuk Bebas,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI SPR membuat persiapan terakhir pada peti undi di Dewan Jubli Intan, Pontian, semalam.
PEGAWAI SPR membuat persiapan terakhir pada peti undi di Dewan Jubli Intan, Pontian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia