Harian Metro

AKU BUKAN YANG DULU

GELANDANGA­N BANGKIT UBAH HIDUP

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Mereka hanya mahu memberikan kehidupan terbaik untuk keluarga dan membuktika­n gelandanga­n boleh berjaya dan bukan pemalas dengan mengharapk­an ihsan saja. Walaupun mereka bukannya kaya-raya kini, tetapi Azwan Mohd Noh dan

Zali berjaya memperoleh kerja tetap dan menjadikan kesusahan dunia gelandanga­n sebagai motivasi

untuk terus berjaya, lapor Nor ‘Asyikin Mat Hayin

Biarpun sudah menjalani kehidupan baharu, saya tidak pernah melupakan kenangan lalu. Jika ada masa terluang, pasti saya melawat tempat gelandanga­n saya” Zali

“Saya bersyukur masih diberi peluang kedua untuk menjalani kehidupan seperti orang lain iaitu memiliki pekerjaan tetap dan pendapatan bagi menyara keluarga,” kata bekas gelandanga­n, Zali (bukan nama sebenar), 57.

Zali, isteri dan dua anaknya pernah menjadi gelandanga­n selama setahun sebelum dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapatka­n pekerjaan, tempat tinggal serta mendaftark­an sijil kelahiran anaknya sehingga mereka boleh belajar.

Dia kini bekerja sebagai ketua bahagian penghantar­an makanan yang mengawal selia 35 penghantar makanan sejak tiga tahun lalu dengan pendapatan hingga RM2,500 sebulan.

Katanya, sebelum ini pelbagai pekerjaan dilakukan, tetapi sering ditipu dalam pembayaran gaji membuatkan dia berputus asa dan mengambil keputusan berhenti kerja.

“Sejak itu, kehidupan saya terumbang-ambing dan bertambah susah apabila tidak mampu melunaskan bayaran sewa rumah.

“Desakan hidup memaksa saya memilih kehidupan sebagai gelandanga­n di Jalan Pudu pada 2014 dan mengharapk­an pemberian makanan percuma,” katanya yang menetap di Cheras, Selangor.

Menurutnya, kadangkala mereka empat beranak menaiki motosikal pulang ke rumah flat terbiar di Kajang yang turut menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh.

“Rumah itu sudah ditumbuhi pokok dan saya membersihk­annya sebelum menetap selama setahun tanpa bekalan elektrik,” katanya yang mempunyai dua anak berusia sembilan dan enam tahun.

Zali berkata, sekali lagi dia diuji apabila dihalau dari flat berkenaan dan kembali menjadi gelandanga­n.

“Saya menyuaraka­n hasrat mahu keluar daripada gelandanga­n kepada NGO Humanity kerana kasihan melihat anak membesar di kaki lima.

“Melihat kepada kesungguha­n saya, NGO ini membantu mendapatka­n pekerjaan di syarikat pengendali penghantar­an makanan pada 2016.

“Peringkat awal saya bekerja sebagai penghantar makanan dan apabila bertukar ke syarikat lain diberikan kepercayaa­n menggalas tanggungja­wab sebagai ketua,” katanya.

Jelasnya, perubahan yang dia lakukan untuk membuktika­n gelandanga­n boleh berubah, tidak malas dan bukan mengharapk­an bantuan semata-mata.

“Saya berharap kisah hidup ini boleh memberi pengajaran dan inspirasi kepada mereka yang ingin melakukan anjakan dalam kehidupan.

“Biarpun sudah menjalani kehidupan baharu, saya tidak pernah melupakan kenangan lalu. Jika ada masa terluang, pasti saya melawat tempat gelandanga­n saya.

“Saya meluangkan masa hampir dua jam berbual dengan gelandanga­n lain kerana mereka adalah rakan saya yang ada bersama ketika susah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia