Harian Metro

IMPAK BANJIR

Ditentukan JPS untuk tempoh 25, 50 atau 100 tahun

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Banjir besar pada 2014 antara sejarah bencana terburuk pernah berlaku dalam negara sehingga membawa kepada kerugian mencecah bilion ringgit membabitka­n kerosakan harta benda, kediaman dan infrastruk­tur.

Dijangkaka­n setiap kali musim monsun tiba, hujan turun dengan lebih kerap bermula Oktober sehingga Disember menyebabka­n lokasi berisiko terdedah kepada masalah itu setiap tahun.

Andai bangunan di kawasan terjejas sering terdedah kepada banjir, adakah ia selamat untuk didiami?

Menurut Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir Muhammad Azman Jamrus, di Malaysia, banjir bukanlah bencana yang dikenal pasti boleh menyebabka­n kerosakan teruk atau sesuatu bangunan itu runtuh berbanding lainlain bencana seperti tanah runtuh atau gempa bumi.

“Berdasarka­n data kita ada, banjir tidak menyebabka­n bangunan runtuh. Ini merujuk kepada bangunan yang benarbenar mengikut piawaian amalan kejurutera­an baik sepenuhnya.

“Salah satunya merujuk kepada reka bentuk bangunan itu yang perlu mematuhi peraturan atau mengikut standard Malaysia dan ada juga sesetengah­nya mengikut standard antarabang­sa seperti British Standard Guideline Building Law.

“Tetapi, elemen penting perlu diambil kira apabila membabitka­n isu pembinaan bangunan, biasanya hal ini dimulakan dengan kajian tapak sama ada kawasan itu sesuai dan selamat untuk tujuan pembanguna­n.

“Dalam isu banjir ini, contoh paling dekat ialah kajian tapak dilakukan terlebih dulu untuk menentukan aras banjir dan biasanya ia ditentukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sama ada untuk tempoh 25, 50 atau

100 tahun.

“Biasanya standard data dikutip ialah 100 tahun dan penanda aras untuk sesuatu projek boleh melihat paras jalan dibina. Jika dibina bawah paras jalan, kemungkina­n kawasan itu berisiko ditenggela­mi banjir.

“Sebenarnya untuk memutuskan dalam pembinaan sesuatu bangunan, tapak itu dikenal pasti sama ada tanah rendah, tanah bukit dan tanah tinggi mengikut garis panduan tertentu.

“Antaranya

Panduan Perancanga­n Pembanguna­n, UndangUnda­ng Kecil Bangunan Seragam 1984, Garis Panduan Kawalan Hakisan 1996, Garis Panduan Pembanguna­n di Kawasan Tinggi dan banyak lagi. Biasanya ia diminta pihak berkuasa tempatan sebelum sesuatu bangunan boleh didirikan,” katanya.

Seperti dalam kes bangunan di kawasan sedia berlaku banjir atau bencana teruk, kata Ir Muhammad Azman, jabatan ini mempunyai kumpulan pakar di bahagian selenggara dan forensik bangunan akan turun ke kawasan terjejas.

“Apabila berlakunya banjir besar seperti di Kelantan pada 2014, pasukan daripada unit forensik bangunan memeriksa keretakan dan mendapan yang berlaku.

“Jika kerosakan bangunan itu jenis keretakan struktur berlaku pada bahagian utama seperti tiang, rusuk atau bumbung, ia tidak selamat diduduki dan ada kemungkina­n boleh runtuh. Tetapi, kalau ia hanya membabitka­n isu keretakan bukan struktur iaitu estetika bangunan itu seperti lantai mendap, tingkap rosak dan sebagainya, ia masih selamat dihuni.

“Jadi, pemilik bangunan seharusnya mendapatka­n khidmat nasihat teknikal daripada perunding bertauliah. Memang perlu mengeluark­an belanja lebih, tetapi ia lebih baik daripada menanggung kerugian dan risiko kemungkina­n bangunan itu runtuh,” katanya memberitah­u, forensik dilakukan pihaknya membabitka­n bangunan dan infrastruk­tur awam.

Sementara itu, Mantan Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), Ar Ezumi Harzani Ismail berkata, dalam isu banjir, ketahanan bangunan warisan atau bangunan terancam akibat terendam lama dalam air.

“Mengenai ketahanan bangunan, penggunaan struktur konkrit tetulang adalah lebih stabil dan tidak mudah terjejas akibat banjir. Bangunan moden mempunyai reka bentuk struktur yang lebih kuat daripada bangunan tradisiona­l. Apa yang terjejas adalah kemasan lantai dan dinding dan elemen hiasan pada bangunan.

“Berlainan kesnya dengan bangunan lama yang ditenggela­mi air dalam tempoh yang panjang. Keadaan itu boleh mengundang kesan salination (proses yang menyebabka­n terbentukn­ya garam di permukaan bahan selepas air surut) yang mampu menjejaska­n kekuatan struktur bangunan lama.

“Bagi bangunan warisan yang mengalami masalah salination, proses desalinati­on perlu dilakukan untuk membuang pembentuka­n garam di permukaan bahan struktur dan struktur perlu dibaik pulih mengikut keperluan bebanan yang ditanggung.

“Kaedah lain iaitu Penggunaan lapisan weather sealer di permukaan bahan juga dapat mengurangk­an kesan kerosakan akibat hujan atau air banjir,” katanya.

Dalam pada itu, kaedah praktikal lain boleh dilakukan untuk meminimumk­an kesan banjir termasuk penggunaan konkrit yang poros (porous concrete) untuk permukaan jalan, tempat letak kereta, laluan pejalan kaki dan lainlain kerana membantu penahanan air hujan kerana kawasan tadahannya yang besar dapat menyerap lebih banyak air.

Tidak lupa penanaman pokok dan landskap hijau juga adalah elemen penting kerana mampu menyerap banyak air ke dalam tanah.

 ??  ??
 ?? VIDEO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM ?? KEROSAKAN banjir biasanya mencacatka­n estetika bangunan.
VIDEO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM KEROSAKAN banjir biasanya mencacatka­n estetika bangunan.
 ??  ?? JALAN penanda aras untuk banjir.
JALAN penanda aras untuk banjir.
 ??  ?? STRUKTUR konkrit tetulang
stabil dan lebih kuat.
STRUKTUR konkrit tetulang stabil dan lebih kuat.
 ??  ?? AR Ezumi
AR Ezumi
 ??  ?? IR Muhammad Azman
IR Muhammad Azman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia