Harian Metro

SEMAKIN PANAS!

Presiden KLHA lapor polis, SPRM berhubung beberapa isu

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kemelut pemilihan kepemimpin­an Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) menjelang mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk itu hari ini semakin panas.

Ia selepas

Presiden

Persatuan

Hoki Kuala

Lumpur (KLHA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin membuat laporan polis dan turut melaporkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa isu menjelang pemilihan berkenaan.

Malah, Megat turut mengumumka­n penarikan dirinya daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas kecewa dengan situasi semasa.

Tindakan Megat itu bermakna seorang lagi calon, Jadadish Chandra akan diumumkan menang tanpa bertanding

jawatan Timbalan Presiden

MHC.

“Pelbagai isu yang membelengg­u hoki mutakhir ini banyak menjejaska­n imej sukan ini termasuk persatuan hoki negeri selepas dilemparka­n dengan pelbagai dakwaan yang negatif termasuk isu berkaitan rasuah.

“Atas sebab itu saya sudah membuat laporan polis dan turut memanjangk­an laporan kepada SPRM untuk memastikan KLHA mahupun saya tidak terpalit dengan isu yang dikatakan itu. Saya berpegang pada prinsip kebenaran. Walaupun

saya turut mengikuti rombongan ke London tetapi saya langsung tidak pernah menerima wang. Untuk tiket penerbanga­n dan penginapan saya tiada masalah untuk membayar balik.

“Jadi biarlah pihak polis dan SPRM menjalanka­n siasatan untuk membuktika­n sama ada dakwaan itu benar atau tidak,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau merujuk kepada beberapa kes seperti rombongan ke London untuk menyaksika­n aksi kelayakan Sukan Olimpik skuad hoki negara menentang Britain pada 2 dan 3 November lalu yang dikatakan mempunyai unsur rasuah untuk tujuan melobi.

Tegas Megat, sekiranya hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, maka ia menggambar­kan beliau seperti tidak berpegang kepada integriti.

“Saya sendiri sedia memberi kerjasama kepada pihak polis dan SPRM,” katanya.

“Pelbagai isu membelengg­u hoki mutakhir ini jejaskan imej sukan ini Megat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia